26 October 2018

"SUAMI SUDAH MASAK & TAHU SAYA BERJIWA 'LIAR' " - ELLIE SURIATY


Semua sedia maklum mengenai tindakan pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar yang sejak kebelakangan ini lantang bersuara dan ia menjadi perhatian ramai pihak.





Ellie menerima pelbagai reaksi berbeza, ada yang menyokong malah ada yang melemparkan kritikan terhadap pengarah filem Penanggal itu.

Ketika ditanya sama ada tindakannya yang lantang bersuara mendapat sokongan suami, pelakon Azri Iskandar, Ellie mengakui suaminya risau.

"Azri tahu mengenai apa yang saya lakukan tetapi pada masa yang sama, dia risau. Sebagai suami, dia tak mahu sebarang kejadian buruk bakal terjadi kepada saya.

Klik untuk gambar besar


"Namun begitu, dia sudah masak dengan perangai saya... Dia sudah sedia maklum dan tahu saya merupakan seorang wanita yang berjiwa 'liar'..." seloroh Ellie.

Menerima kecaman akibat tindakannya, Ellie tidak mahu mengambil pusing tentang kata-kata negatif yang diterima.

"Saya tahu ada yang mengecam tindakan saya... Tetapi bagi saya, hanya 15 peratus orang sahaja yang melihat ia dari persepsi negatif. Selebihnya, baki 85 peratus memahami apa yang saya perjuangkan dan menyokong tindakan saya," katanya.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Malaysiakini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: