24 October 2018
SUFIAN AKUI ALAMI BATUK BERDARAH HAMPIR SEMINGGU
"Saya diserang demam panas dan batuk-batuk yang teruk selepas menghadiri sebuah majlis anugerah baru-baru ini. Hampir seminggu saya batuk berdarah dan sekarang ni kondisi sudah semakin baik, hanya batuk biasa sahaja.
"Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan ada luka di tekak yang menyebabkan berlaku pendarahan itu," kata penyanyi Sufian Suhaimi yang mengakui dia diserang batuk yang teruk sehingga mengalami pendarahan.
Menurut Sufian, 26, penyakit itu menyerangnya kira-kira tiga minggu lalu dan menjadi lebih serius selepas dia menghadiri sebuah majlis anugerah.
Sementara itu, Sufian memberitahu dia masih menjalani rawatan bagi memulihkan masalah kesihatannya itu.
Klik untuk gambar besar
"Sekarang ni masih makan ubat yang diberi oleh doktor dan dalam masa sama saya mengamalkan pengambilan madu.
"Alhamdulillah, luka dah tak berdarah lagi tapi masih sakit dan batuk masih ada. Mujurlah semasa persembahan masalah ini tak mengganggu dan peminat faham," tuturnya.
Bercakap mengenai persediaan lagu 'Di Matamu' di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-33 (SFMM33), Sufian berkata dia tidak membuat sebarang latihan khusus untuk saingan tersebut.
Sebaliknya, dia hanya menggunakan pentas undangan nyanyian sebagai ruang mempersiapkan diri sebelum persembahan separuh akhir nanti.
"Saya tak ada sebarang latihan intensif untuk kali ini. Saya jadikan undangan show sebagai pentas latihan.
"Apa yang penting sekarang ini adalah memastikan tekak saya benar-benar sembuh dan kesihatan berada dalam keadaan baik," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment