24 October 2018

"BUKAN MUDAH BUKA HATI" - ZIANA AKUI KINI LEBIH BAHAGIA


Selepas bercerai dengan bekas suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, pada 12 Julai lalu, penyanyi Ziana Zain mengakui kehidupannya kini lebih bahagia disamping anak-anak.





Pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain, 50, berkata dia kini mahu fokus pada kerjaya dan juga membesarkan empat orang anaknya.

"Alhamdulilah kehidupan saya masih diteruskan seperti biasa dengan menguruskan anak-anak serta lebih fokus pada karier nyanyian.

"Saya bersyukur kerana anak-anak adalah kekuatan saya sekarang. Lihat mereka gembira saya bahagia," katanya yang bercerai talak satu dengan Armin selepas kemelut rumah tangganya diketahui umum sejak tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Apabila ditanya adakah terdapat mana-mana lelaki yang cuba mengambil kesempatan mendekati dirinya, jawab pelantun lagu 'Berpisah Jua' itu bukan mudah untuknya menerima seseorang di dalam hatinya.

"Alhamdulilah tiada siapa yang berani mendekati saya mungkin kerana muka saya yang garang. Lagipun saya bukan seseorang yang mudah untuk didekati terutama lelaki.

"Saya juga bukan seorang yang mudah untuk buka hati saya pada sesiapa," luah penyanyi lagu 'Madah Berhelah' itu lagi.

Untuk makluman, hasil perkahwinan mereka sejak 9 Mei 1998, pasangan itu telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: