30 October 2018

TANPA PENGANTIN LELAKI - ZULIN TETAP RAKAM LAGU 'KAHWIN'


Meskipun rancangan perkahwinan sebelum ini sudah dibatalkan selepas hubungannya dengan kekasih berakhir, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz tetap meneruskan mengadakan sesi 'perkahwinan' dan ia akan dijadikan muzik video lagu tema perkahwinannya.





Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz, 28, yang lengkap berbaju perkahwinan hari ini berkata muzik video tersebut akan ditayangkan khas menerusi akaun YouTube pada 3 November ini.

"Saya harap tiada salah faham sebab saya sudah terangkan sebelum ini. Hari ini saya merakamkan muzik video lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya oleh saya.

"Lagu tema perkahwinan saya ini pada awalnya untuk memberi kejutan pada bakal suami saya tetapi kita merancang Tuhan yang menentukan.

"Kenapa saya masih teruskan? Ia bukan lagu single saya tetapi saya hanya mahu simpan di dalam YouTube sebagai pengalaman yang pernah berlaku dalam hidup saya ini untuk divisualkan dalam muzik video.

Klik untuk gambar besar


"Ini bukan gimik kerana saya tidak mendapat apa-apa untung pun dari muzik video ini dan jelas saya bukan penyanyi.

"Saya harap lagu ini bakal memberi inspirasi dan semangat kepada wanita yang masih single seperti saya kerana ia ibarat doa untuk mereka," katanya.

Melihat pada foto dan video yang dimuatnaik, Zulin kelihatan anggun menggayakan baju pengantin berona putih. Malah pelamin dan set hantaran sudah disediakan untuk dirakamkan dalam sebuah video muzik bagi diabadikan sebagai kenangan buat dirinya.

"Gembira tengok baju cantik, semua sudah siap depan mata, sedih itu masih ada tapi rasa bersyukur itu lebih banyak. Ada hikmah.



"Aku bahagia pakai baju kahwin tanpa menjadi isteri kepada lelaki yang salah. Lagi bersyukur duduk atas pelamin seorang daripada duduk di situ sebagai isteri kepada lelaki yang salah," tuturnya.

Zulin berkongsi perkara tersebut menerusi rakaman live di Instagram (IG)nya tengahari tadi. Bagaimanapun Zulin tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengguris hati banyak pihak.

"Jika dilihat hari ini tiada seorang pun ahli keluarga saya yang hadir kerana jika mereka ada sudah tentu mereka bersedih terutama ibu saya. Saya tidak dapat jelaskan lebih lagi kerana saya perlu menjaga hati ramai pihak," ujarnya lagi.

Pada awal bulan ini, Zulin mendedahkan perkahwinannya terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana hubungannya dengan seorang jejaka gagal dan putus di tengan jalan.










www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & mStar & Instagram Zulin Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: