10 October 2018

TERIMA MERCEDES - WAWA BALAS AERIL ZAFREL VELLFIRE


Bagi membalas jasa suami, pelakon Aeril Zafrel yang sebelum ini pernah membuat kejutan dengan menghadiahkannya sebuah kereta Mercedes Benz C200 berwarna hitam, pelakon Wawa Zainal telah memberikan hadiah berupa kereta juga iaitu Toyota Vellfire berwarna hitam kepada suaminya itu.





"Balas jasa suami beli kan i keta haritu. Alhamdulillah ya Allah syukur atas kurniaan rezeki. Wlupun Aeril sedih sikit sbb sbnr nya dia nak kereta sport 🤣 Next year ye syg 😍," tulis Wawa.

Dalam pada itu Wawa, 27, turut berkata, tahun ini merupakan tahun paling bermakna buat dia dan Aeril terutama dalam bidang perniagaan. Dia turut bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada keluarganya.

Klik untuk gambar besar


"Tahun ni tahun yg sgt bermakna buat kami. Sikit2 impian Allah makbulkan. Benarlah kata org rezeki itu tak pernah lambat tak pernah cepat & tak pernah salah alamat. Thank U Allah," katanya.

Sebelum ini pada 3 Jun lalu, pelakon 'Patahnya Sebelah Sayap' itu membuat kejutan istimewa kepada Wawa apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Wawa ke-27 yang diraikan pada 12 Mac lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 5, serta Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: