09 October 2018
AISHAH TUNAI 3 TUNTUTAN - DSV SEDIA MOHON MAAF, GANTI
"Mula-mula Aishah kena minta maaf dok royak (cakap) palsu-palsu mengenai berlian tapi saya bagi berlian sahaja ke? Tak... rantai emas putih lepas tu 'sapphire' dan seluruh barangan kemas itu dikatakan palsu.
"Dahlah bagi perkataan palsu, awak tahu tak impak tu habis rosak keseluruhan bisnes saya terutama kedai emas saya terjejas teruk. Tak pasal-pasal sebab satu perkataan itu habis rosak susu sebelanga.
"Jumlah kerugian sales merudum 70 peratus, merudum kedai emas saya termasuk produk-produk saya," kata usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) yang menuntut penyanyi Aishah supaya membuat permohonan maaf kerana menggunakan perkataan 'berlian palsu' terhadap barang kemas yang dihadiahkan kepadanya semasa menjuarai Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4).
DSV atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman itu berkata perkataan 'berlian palsu' itu telah memberi impak besar kepada perniagaannya.
Dalam pada itu, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) turut mengajak Aishah untuk bersemuka bagi menjernihkan kemelut antara mereka.
Klik untuk gambar besar
"Kita jumpa dekat mana-mana. Tak kisah saya jumpa dia atau dia jumpa saya. Saya terbuka nak jumpa dia bila-bila masa, nak jumpa malam ini ke esok ke saya ok," tuturnya.
Vida turut menuntut Aishah supaya memadam segala kenyataannya berkaitan 'berlian palsu' itu di media sosial.
"Buang perkataan palsu itu. Penterjemahan awak lain, penterjemahan saya lain. Saya keluar 'pitih' (duit), awak hanya menerima rantai itu," ujarnya.
Ketiga-tiga perkara itu merupakan tiga tuntutan Vida yang difailkan terhadap Aishah menerusi peguamnya, Zailan Mohamed. Tuntutan tersebut sudah dihantar kepada peguam Aishah melalui satu surat yang dihantar pada Selasa lalu.
Menurut Vida, jika Aishah sanggup menunaikan tiga tuntutan tersebut, beliau bersedia memohon maaf kepada penyanyi tersebut. Malah, katanya beliau akan mempertimbangkan untuk menggantikan rantai berlian tersebut dengan barang kemas lain.
"Kita akan pertimbangkan dengan barang kemas yang sama nilai berdasarkan penilaian saya," katanya.
Sementara itu, Zailan berkata jika Aishah masih enggan mengadakan pertemuan, kes tersebut akan diselesaikan di mahkamah.
"Kita dah hantar surat bertarikh 9 September, hari ini. Dia ada tempoh tujuh hari untuk jawab. Jika tak selesai juga, kita selesaikan di mahkamah," jelasnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Hlive
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment