10 October 2018

TERUJA NAIK MOTOR BESAR - KAKI STACY MELECET, LEBAM


"Kecederaan yang dialami tidaklah teruk, namun saya masih berasakan kesakitan itu kerana kelalaian diri sendiri. Saya terlalu teruja untuk menaiki motosikal milik suami, namun tidak memakai pakaian bersesuaian sehingga kaki melecet terkena ekzos.





"Lebih menyakitkan apabila saya cemas berhadapan dengan situasi itu dan hilang kawalan sehingga menyebabkan kesan lebam pada bahagian betis pula.

"Kejadian yang berlaku memberikan pengajaran buat saya untuk tidak mengulangi kelalaian sama. Teruja macam mana sekalipun, saya harus menitikberatkan soal pemakaian yang betul sebelum menunggang motosikal.

"Jadi, saya berkongsi perkara itu bagi memberi peringatan kepada semua orang juga," kata Stacy.," kata penyanyi Stacy yang berkongsi kejadian itu yang menjadi iktibar bukan saja buat dirinya, malah kepada orang ramai untuk memakai pakaian bersesuaian sebelum menunggang motosikal berkuasa besar.

Klik untuk gambar besar


Gara-gara teruja menaiki motosikal berkuasa tinggi bersama suami, Akim Ahmad, penyanyi lagu 'Not ForSale' itu mengalami kecederaan kecil apabila buku lalinya terkena ekzos kenderaan terbabit.

Bercakap mengenai kerjaya, penyanyi yang tampil dengan single terbaru ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul 'Raja' itu kini berjinak-jinak dalam penulisan lagu.

Menggunakan nama pena Bunga Cantik, dia menulis lirik untuk lagu terbaru Akim & The Majistret berjudul 'Rampas'. Lagu itu dicipta oleh suaminya bersama Laq.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: