10 October 2018

NAMPAK BENTUK 'BUAH DADA' - RASYA RIZROSE DIMINTA PADAM


Laman Instagram milik pelakon Rasya Rizrose telah dihujani komen-komen nakal netizen serta telah menarik perhatian lelaki gatal gara-gara memuatnaik sekeping foto yang dikatakan seksi dan memperlihatkan bentuk payudara.





Foto tersebut juga mendapat lebih 75,000 tanda suka dan hampir seribu komen netizen yang rata-ratanya menegur dengan kata-kata berbaur lucah.

Bagaimanapun adik kepada pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose yang bergaya dengan sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz tidak melayan komen berkenaan.

Klik untuk gambar besar


"Hi @Mercedesbenzmalaysia saya harap awak bagi saya satu," tulisnya pada kapsyen pada foto berkenaan.

Dalam pada itu, segelintir netizen yang prihatin pula meminta pelakon itu memadam foto tersebut. Tambah netizen, foto itu hanya mengundang persepsi buruk terhadap imej artis Malaysia.

"Padam foto ini nampak tidak senonoh, tolong jaga nama artis," ujar seorang netizen.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: