10 October 2018

HUJUNG TAHUN INI - ANNE NGASRI BAKAL TIMANG ANAK KELIMA


"Alhamdulillah kandungan saya sudah memasuki usia tujuh bulan dan dijangka akan bersalin pada Disember depan. Kalau ikut daripada imbasan doktor memberitahu kami bakal menimang cahaya mata perempuan," kata pelakon Datin Anne Ngasri, 34, yang bakal menimang cahaya mata kelima pada Disember depan.





Dalam pada itu, Anne memberitahu dia dan suami, Datuk Mohd Sumali Reduan tidak merancang kehamilan itu namun gembira apabila diberitahu bakal menimang cahaya mata perempuan.

Kata Anne atau sebenarnya Nasriah Ngasri lagi, anak-anaknya paling gembira dengan berita berkenaan dan tidak sabar untuk bertemu adik baharu mereka.

"Anak saya yang terakhir pun sudah masuk usia lima tahun dan apabila dapat tahu saya hamil mula-mula terkejut juga kerana kami tidak merancang.

"Pun begitu perasaan teruja itu ada terutamanya anak-anak kerana bakal dapat adik perempuan. Rasanya mungkin sekarang masa sesuai untuk timang anak lagi memandangkan emPat anak saya yang lain sudah pun besar," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Bercerita mengenai pengalaman kehamilannya kali ini, Anne berkata, ia tidak banyak beza namun mengakui gemar makan aiskrim sepanjang mengandung.

Tambahnya, dia pertama kali merasai pengalaman minum air gula ketika melakukan pemeriksaan bagi memastikan paras gula dalam badan berada dalam keadaan stabil.

"Ya Allah! Seksanya nak telan air gula tu... Empat kali saya hamil sebelum ini belum pernah kena minum air itu. Ia pengalaman baru buat saya walaupun sudah empat kali bersalin. Mengidam itu tidak ada sangat cuma saya gemar makan aiskrim," jelasnya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Anne berkata, selain menguruskan rumah tangga, dia juga sibuk membantu kakaknya, pelakon dan penerbit Darling Ngasri dalam penerbitan filem 'Hero'.



Masih mahu terus berlakon, selepas bersalin dia berhasrat untuk kembali aktif sekiranya ada tawaran bersesuaian.

"Lakonan sudah jadi darah daging saya... Sejak kecil saya berlakon jadi mana mungkin saya tinggalkan begitu sahaja. Kalau ada watak dan masa yang sesuai memang saya akan terima," tuturnya.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri 'Cili Padi' ini mendirikan rumah tangga dengan Sumali, 46, pada 22 Disember 2012.

Menerusi perkahwinan itu, Anne dan Sumali dikurniakan seorang anak lelaki Sufi Harraz yang kini berusia lima tahun.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: