10 October 2018

SALEEM KELUAR HOSPITAL - SYAFIQ FARHAIN AKUI TERKEJUT


Apabila diberitahu bapanya, penyanyi Saleem sudah pun dibenarkan keluar hospital empat hari lalu, penyanyi Syafiq Farhain mengakui terkejut.





Syafiq berkata melihat dari perkembangan kesihatan bapanya sebelum itu masih berada di dalam keadaan lemah justeru musykil bagaimana sudah dibenarkan pulang.

"Saya sempat menziarahi bapa dua kali ketika dia berada di hospital Kajang kerana ketika itu saya sibuk dengan program 'Big Stage' dan hanya ada masa yang terhad.

"Selepas dipindahkan ke hospital HUKM saya berkesempatan juga menziarahinya dan keadaanya ketika itu masih lemah. Namun, saya terkejut bila diberitahu oleh adik tiri yang dia sudah pun dibenarkan keluar pada empat hari lalu.

Klik untuk gambar besar


"Pelik juga macam mana boleh keluar sedangkan ketika saya melawatnya sebelum itu keadaannya masih teruk dengan badannya penuh wayar," katanya.

Bagaimanapun Syafiq yang ditemui di lokasi penggambaran filem 'Hero' yang diadakan di Balai Bomba Pusat Jalan Hang Tuah, itu berharap bapanya agar lekas sembuh seperti sedia kala.

"Ketika saya melawat ayah sedar, cuma nampak sangat tidak bermaya dan matanya hanya terbuka melihat kehadiran saya.

"Tetapi dengan keadaannya itu dia tidak dapat berkata-kata ketika itu. Apa-apa pun saya harap dia lekas sembuh seperti sedia kala," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: