10 October 2018

TUNTUNTAN DSV - AISHAH MOHON MASA FIKIR, BINCANG


"Setakat ini saya telah dinasihatkan pihak peguam untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan," kata penyanyi Aishah yang dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan atas nasihat peguamnya.





Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) ketika dihubungi Utusan, meminta semua pihak memberi masa untuknya berbincang dengan pihak peguam berhubung tiga tuntutan yang dikemukakan penaja utama program tersebut, Datuk Seri Dr. Vida (DSV).

"Bagi saya masa dan ruang berbincang terlebih dahulu," tuturnya yang sebelum ini menuntut Dr. Vida untuk memohon maaf secara terbuka selain meminta usahawan kosmetik terkenal itu menggantikan rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000.

DSV dalam satu sidang media semalam telah memberi tiga tuntutan kepada penyanyi lagu 'Janji Manismu' itu sebelum dia memenuhi tuntutan penyanyi itu.

Klik untuk gambar besar


Nampaknya kemelut di antara usahawan kosmetik itu dan Aishah semakin berpanjangan. Kedua-dua pihak mempunyai tuntutan masing-masing.

"Jalan keluar yang perlu dicari bersama-sama tidak kelihatan. Oleh kerana kemelut ini telah menglibatkan undang-undang.

Apapun, diharap ada pihak yang akan mengalah untuk memastikan kemelut ini diselesaikan tanpa perlu naik ke mahkamah. Sama-sama kita doakan.








www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: