10 October 2018

"WANY BELUM LAGI LAYAK" - FATHIA TETAP DENGAN PENDIRIANNYA


Mengenai kemenangan penyanyi Wany Hasrita merangkul Anugerah Bintang Paling Popular yang ke-31 (ABPBH31) pada Ahad lalu, pelakon Fathia Latiff tetap bertegas dia berhak untuk menyuarakan pandanganya.





Biarpun Fathia, 31, tidak mempunyai masalah dengan Wany namun baginya, penyanyi lagu 'Menahan Rindu' itu masih belum layak untuk memenangi anugerah tersebut.

Kata Fathia, ramai lagi selebriti yang sudah lama berada dalam industri dan mereka lebih popular berbanding Wany.

"Saya berhak untuk bersuara dan berhak untuk memberi pandangan mengenai kemenangan Wany sebagai Bintang Paling Popular.

Klik untuk gambar besar


"Sejujurnya, saya tidak ada masalah atau bergaduh dengan dia pun. Cuma, dia belum lagi layak untuk menang dan saya tidak berpuas hati dengan sistem keputusan pada malam itu.

"Sebab masih ramai lagi selebriti yang dah lama dalam industri ini lebih terkenal daripada dia," katanya ketika diminta mengulas kenyataannya yang mempertikaikan kemenangan Wany.

Menurut Fathia, dia memadam kenyataan yang dimuatnaik di laman Instagramnya itu kerana menghormati peminat Wany dan tidak mahu laman sosialnya itu kurang menarik dengan posting berkenaan.



"Saya padam kenyataan di laman sosial itu kerana berfikiran saya perlu menghormati peminat-peminat Wany. Selain itu, saya tak nak foto di Instagram saya kurang cantik dengan adanya posting tersebut.

"Tapi walaupun saya dah padam, saya tetap dengan pendirian yang Wany memang tidak layak untuk memenangi anugerah tersebut," ujar pelakon yang pernah popular menerusi drama 'Ariana Rose' itu.

Menerusi sebuah portal hiburan, Wany turut mempertikaikan tindakan Fathia memadam status tersebut dan beranggapan pelakon itu tidak tetap dengan pendiriannya.

Bagaimanapun, Wany tetap menghormati setiap kritikan dilemparkan baik dalam kalangan artis atau netizen.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: