18 October 2018

WALAUPUN SARAT - LANA SANGGUP NAIK PESAWAT BALIK MALAYSIA


"Berpantang di sini lebih mudah. Ini kerana ada orang yang boleh membantu terutama apabila mahu bertangas dan berurut. Saya pula memang sangat percaya dengan rawatan tradisional selepas bersalin.





"Jika saya melahirkan anak di sana, susah kerana tiada orang yang boleh membantu saya berpantang," kata pelakon Lana Nodin yang sanggup mengambil risiko dengan menaiki penerbangan dari Los Angeles, Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur walaupun sarat mengandung.

Lana yang tiba di tanah air empat hari lalu bersyukur kerana tiada apa-apa yang berlaku sepanjang penerbangan dan selamat tiba di tanah air.

Klik untuk gambar besar


Menurut Lana, dia sanggup pulang ke tanah air dalam keadaan sarat disebabkan mahu melahirkan anak keduanya di tanah air selain mahu menjalani tempoh berpantang di sini.

Dalam pada itu, Lana dan suami, Mohd Daud McKienzie juga beruntung apabila mendapat tajaan Rampai Puteri Medical Centre apabila dia bersalin nanti.

"Saya suka melahirkan anak di situ kerana hospital itu khusus untuk wanita dan kanak-kanak. Sebahagian besar doktor yang bakal menyambut kelahiran juga terdiri daripada wanita," ujarnya yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Gia Quinn McKienzie.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: