29 November 2018

2 KERETA LANGGAR - BIBIR NINA ISKANDAR KOYAK, TULANG BELAKANG RETAK


"Besarnya dugaan saya kali ini. For the past few months memang banyak betul dugaan. Insya-Allah, ada hikmah dan ganjarannya," tulis pelakon Nina Iskandar yang terlibat dengan kemalangan apabila kenderaannya dilanggar dua kereta serentak pada awal pagi semalam.





Menerusi kemas kini ruangan Instagram Stories milik aktres itu, dia berkongsi beberapa foto keadaan keretanya selepas dilanggar.

Selain itu, Nina berkongsi foto selfie dengan bibir bengkak serta dia juga sempat meluahkan perasaannya di ruangan terbabit.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri 'Isteri Dalam Sangkar' itu juga turut berkongsi entri Instagram yang dimuatnaik oleh rakan pelakon, Amyza Aznan di ruangan Instagram Stories miliknya.

Klik untuk gambar besar


Amyza yang turut berlakon bersama Nina dalam set drama 'Setelah Cinta Itu Pergi' yang masih dalam proses penggambaranm itu mendedahkan, akibat pelanggaran itu, Nina mengalami cedera di bibir dan dipercayai retak tulang belakang.

"Kereta 'total lost'! Dua kereta langgar, sebuah berhenti dan sebuah lagi melarikan diri," dedah Amyza dalam laman sosialnya, lewat malam semalam.

Dalam satu pesanan ringkas daripada Nina kepada rakan pelakon lain dan turut dikongsi Amyza di laman sosial sama, mendedahkan kecederaan tulang belakang dialami menyebabkan dia kini sukar bergerak.



"Terima kasih atas doa. Saya okey, Insya Allah. Hanya 'koyak bibir' dan retak tulang belakang. Jahitan (akibat cedera) sudah boleh dibuka dalam masa seminggu.

"Ibu saya berada di sini untuk menjaga saya dan Insya Allah akan bawa saya pulang ke Brunei untuk rawatan selanjutnya," tulis pelakon itu ringkas.

Sementara itu, pembantu peribadi Nina, Arys Khalid memaklumkan pelakon kelahiran Brunei itu sedang berada dalam keadaan selamat.

Usaha untuk menghubungi Nina sendiri bagi mendapatkan penjelasan lanjut gagal kerana pelakon itu sedang berehat dan menjalani rawatan.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: