29 November 2018

SELAMAT BERSALIN - ANNE NGASRI TIMANG ANAK KELIMA, GIRL


"Alhamdulillah Allahuakbar dengan izin Allah saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah untuk rezeki yang ke-6 ini. Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami.





"Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan ilahi. Terima kasih pada yang mendoakan. Terima kasih untuk ucapan yang membahagiakan. Semoga kalian dibalas dengan kebaikan dan kebahagian juga. Amin.

"Selamat hari jadi anakku, 28 November 2018. Welcome to our family ❤❤❤," tulis pelakon Anne Ngasri yang telah selamat menimang cahaya mata kelimanya iaitu bayi perempuan pukul 6.44 petang semalam.

Difahamkan, bayi perempuan seberat 3.22 kilogram itu dilahirkan secara normal dan beberapa hari lebih awal daripada jangkaan doktor.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, Anne yang pernah popular menerusi drama bersiri 'Cili Padi' mendirikan rumah tangga dengan Datuk Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.

Hasil perkahwinan tersebut, Anne dan Sumali dikurniakan seorang anak lelaki Sufi Harraz yang kini berusia lima tahun.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 12, Abdul Wafri, 10, dan Nazharah Afrozah, 8.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instragram Anne Ngasri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: