21 November 2018

AL-FATIHAH - DATUK NEELOFA KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada keluarga pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa atas pemergian Datuk iaitu Noor Mohamed yang meninggal dunia pada Selasa yang juga hari ulang tahun keputeraan dan kewafatan Nabi Muhammad SAW mengikut kalendar Islam iaitu 12 Rabiulawal 1440.





Datuk Neelofa menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun lebih kurang jam 11.20 malam semalam di sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Berita sedih itu dikongsi pengurus pengacara program MeleTOP itu, Shawn Amer kira-kira pukul 11.20 malam di laman Instagram.

"Salam takziah buat Neelofa dan seluruh ahli keluarga yang baru kehilangan datuk (abah) beliau yang tersayang. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah," kata pengurus terbabit.

Manakala Neelofa pula menerusi InstaStory turut memaklumkan berita sedih itu dan berharap Allah Rasulullah SAW menyambut datuknya dengan gembira di hari mulia Baginda.

Klik untuk gambar besar


"Insya-Allah moga Allah dan Rasulullah SAW menyambut Abah dengan gembira di hari mulia Baginda Nabi. Hari lahirnya Nabi dan hari wafatnya nabi.

"Allah menjemput Noor Mohamed bersama dengan hari wafatnya Rasulullah kekasih Allah - Nabi Muhammad. Al-Fatihah," tulisnya.

Rata-rata peminat pelakon drama bersiri' Ti Amor Sweetheart 100 Hari' ini mengucapkan salam takziah dan mendoakan agar seluruh keluarga Neelofa kuat dan sabar.

Sebelum ini, abang ipar kepada Neelofa iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu datuknya sedang berada dalam keadaan uzur di Kelantan.



Bagaimanapun, Sharnaaz berpesan agar tidak ada mana-mana pihak bertanya mengenai sakit yang dihadapi Allahyarham datuknya itu ketika itu.

Neelofa juga pernah memuatnaik status dan foto bapa kepada ibunya itu sedang terlantar sakit di hospital sambil mengucap shahadah dan berzikir tanpa henti.

Allahyarham yang mesra disapa dengan panggilan 'Abah' akan dibawa pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Lemal, Kota Bharu.

Kami mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Noor Neelofa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: