21 November 2018

"TAK PAYAH BUSYBODY.... DOAKAN KAU DUDUK TEMPAT AKU" - ALYAH


"Macam ni la yang dia suka. Sambutan birthday macam ni la yang dia nak. Kalau kita buat bacaan al-Quran kat rumah dia panas duduk kejap je, terus nak keluar main snuker," demikian 'sindiran' penyanyi Datin Alyah kepada suaminya, Datuk Ramli MS atau lebih disapa Tok Ram.





Tiada angin tiada ribut, tindakan Alyah meninggalkan komen berbaur sindirian di Instagram suaminya yang merupakan pengarah muzik itu menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan rumah tangga pasangan tersebut, yang seolah sedang bergolak.

Video menyaksikan Jihan Muse dan Nabil Ahmad 'menyembah' Tok Ram sempena hari jadinya membuatkan Alyah menulis, sambutan seperti itulah yang digemarinya suaminya, dan bukan bacaan Al-Quran yang dibuatnya di rumah.

Bagaimanapun komen tersebut mendapat perhatian pengikut Ramli yang menyifatkan ia sebagai tidak patut dilakukan seorang isteri kepada suaminya.

Klik untuk gambar besar


Malah ada menyifatkan tindakan Alyah 'menyindir' Ramli sebagai tiada adab, tidak menghormati dan membuka aib suaminya sendiri kepada khalayak.

Pun begitu, penyanyi lagu 'Sesal Separuh Nyawa' itu yang berang terus membalas komen tersebut dengan meminta pihak luar tidak masuk campur dalam urusannya.

"Tak payah busybody la sebab I tak text nama you kat sini... So shut up! Aku doakan semoga kau duduk kat tempat aku hanya sehari dan kau boleh tahu kenapa aku macam ni... Tak payah tunjuk hero untuk masalah orang lain," tulisnya.

Perbalahan itu tidak berakhir di situ apabila ada netizen yang ingin mencarikan wanita lain untuk Ramli bagi menggantikan Alyah.



"Kau pergi la kahwin dengan dia... Baru kau tahu dan kau telan balik ayat-ayat puji kau tu mangkuk! Dan untuk pengetahuan kau, semua ayat aku text ni aku belajar dari @tokram_ramlims," balasnya.

Alyah dalam salah satu status yang dikongsinya mengakui dirinya sedang beremosi dan memohon pihak luar tidak menasihatinya kerana mereka tidak merasai apa yang sedang dilaluinya.

Dalam satu status berbeza, Alyah turut memberitahu dia berasa penat apabila perlu berpura-pura bahagia dan kenyataan itu menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung rumah tanggannya dengan pengarah muzik, Datuk Ramli MS.



"Pura-pura bahagia itu penat. Ya, aku sedang beremosi sekarang ini, tak payahlah nak nasihatkan aku dengan jalan hidup yang kau tak pernah lalui," tulisnya.

Dalam pada itu, Alyah turut memuatnaik gambar Allahyarham bapanya, Abu Hasan dan memberitahu sekiranya bapanya masih hidup pasti tiada siapa yang berani mempermainkannya.

"Sekiranya Apak (Bapa) masih hidup sudah tentu tak akan ada orang yang akan mempermain-mainkan aku," katanya yang berkahwin dengan Tok Ram pada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.

Apa-apapun, kami harap Alyah dan Tok Ram dapat selesaikan isu ini di rumah dan semoga rumah tangga yang dibina itu kekal hingga ke akhir hayat.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: