21 November 2018

"MENYESAL.... SELEBIHNYA URUSAN DIRINYA DENGAN TUHAN" - NABIL


"Saya menyesal membuka mulut mengenai hal (hutang) kerana dia menggunakan peluang itu mengajak orang menyertai kelas yang dikendalikannya. Tidak sangka, dia menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan publisiti secara mudah, tanpa perlu mengeluarkan duit.





"Sudah dua tahun sebenarnya saya berusaha meminta dia membayar hutang berjumlah RM30,000, namun tidak diendahkan olehnya. Saya enggan lagi memanjangkan perkara ini kerana bagi saya, urusan kami sudah selesai.

"Selebihnya urusan dirinya dengan Tuhan," ujar pelawak, pelakon dan pengacara Nabil Ahmad, 35, yang mengakui menyesal membuka mulut mengenai hutang tertunggak usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) kerana tindakannya itu dianggap secara tidak langsung memberi promosi kepada individu terbabit.

Nabil berkata dia terkejut apabila usahawan berkenaan mengambil kesempatan mengajak netizen menyertai kelas perniagaan kelolaannya selepas didakwa menimbulkan fitnah terhadap dirinya.

Klik untuk gambar besar


Dakwa Nabil, dia tidak tahu apa tujuan sebenar usahawan terbabit menabur fitnah dengan mengatakan dirinya dan teman seperjuangan, Jihan Muse, tak mengendahkannya.

"Tuduhan itu membuatkan saya tergerak hati untuk membuka mulut," jelas pengacara program Gegar Vaganza (GV).

Isu hutang berkenaan dibangkitkan suami kepada Nazirah Ayub itu selepas seorang usahawan wanita mendakwa Nabil dan Jihan tidak menegurnya ketika dia menghadiri acara konsert akhir sebuah program realiti, Ahad lalu.

Nabil turut meluahkan rasa simpati kepada penaja utama program terbabit apabila perhatian orang ramai dikatakan terarah kepada pihak lain.



"Jika boleh, saya enggan lagi membuka mulut mengenai perkara ini kerana tidak mahu memberikan publisiti mudah kepada pihak terbabit. Orang lain yang mengeluarkan wang, tetapi tumpuan diberikan kepada pihak lain pula," katanya.

Sementara itu, Nabil yang berang apabila dituduh sombong dan tidak menegur usahwan kosmetik pada konsert akhir GV5 Ahad lalu itu memberitahu hutang tersebut bukan melibatkan GV), sebaliknya projek luar yang dilakukan bersama penyanyi lagu 'I Am Me' tersebut sejak dua tahun lalu.

"Ya, dia masih belum bayar hutang saya yang mencecah puluhan ribu ringgit sejak dua tahun lalu. Ia projek dan kerjasama antara kami sebelum ini. Dah lama saya tunggu. Sejujurnya, saya tak heran sangat tentang duit itu tapi saya geram apabila dia fitnah kata saya tak tegur dia masa di Konsert Akhir Gegar Vaganza 5.

"Sebab itu saya tinggalkan komen isu hutang itu di video Instagramnya, selama ini saya tak pernah kisah tentang hal itu," tuturnya yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: