21 November 2018

IZZUE ISLAM DAKWA DIRINYA 'DIPULAU' AHLI FORTEEN


Pelakon dan penyanyi Izzue Islam sebelum ini membuat pengumunan menerusi GV Live+ mahu berundur daripada Forteen atas alasan tiada lagi persefahaman dengan anggota yang lain dan menganggap dirinya tidak lagi sesuai berada dalam kumpulan tersebut berikutan prestasinya kurang memuaskan.





Ketika ditanya berkenaan isu ini, Izzue mendakwa tiada seorang pun anggota Forteen menghubunginya selepas dia berundur apatah lagi memaklumkan mengenai penganjuran sidang media kumpulan itu, hari ini.

Izzue memberitahu, tindak-tanduk anggota band itu membuktikan keputusannya keluar daripada Forteen adalah terbaik untuk semua, apatah lagi dakwanya, sudah berulang kali isu dipulaukan teman-teman berlaku.

"Ini bukan kali pertama mereka tidak bertegur sapa dengan saya. Kejadian pertama pada 2014 tapi tidaklah sampai saya ambil keputusan berundur. Namun, kali ini, saya sudah fikir masak-masak.

"Tempoh hari, ketika berada di final musim kelima Gegar Vaganza (GV5), mereka buat saya macam tak wujud. Usahkan tegur, bersalam pun tidak sedangkan dengan orang lain boleh pula mereka bercakap seperti biasa.

Klik untuk gambar besar


"Saya faham, adalah normal dalam sesebuah kumpulan berselisih pendapat, cuma andai tiada lagi persefahaman hingga tidak bercakap, lebih baik saya berundur. Kalau tak (buat) sekarang, esok lusa kalau jadi (dipulaukan) lagi, saya tetap keluar," katanya.

Selain Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, kumpulan vokal harmoni itu turut ditunjangi One, Ariz dan Amer. Mereka pernah bernaung bawah KRU Music serta popular dengan lagu seperti Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh.

Izzue yang lebih dulu melangkah ke arena lakonan sebelum bergelar penyanyi pernah memasarkan beberapa single solo berjudul Bimbang, Sahabat dan Muzik Tiduranku selain aktif menjadi pengacara.

Kemelut dalaman Forteen terbongkar selepas Izzue membuat pengumunan mahu berundur dan ahli kumpulannya pula membuat kenyataan terkejut dengan tindakan Izzue dan mendakwa dia tidak berbincang selain mungkin berlaku salah faham.



Sementara itu, diminta mengulas mengenai sidang media Forteen di Shah Alam, pada jam 2.30 petang ini, Izzue berkata, dia tidak tahu menahu atau dimaklumkan apa-apa mengenainya.

"Saya tak tahu pun. Tiada sesiapa yang hubungi atau memaklumkan saya berkenaan majlis itu. Jadi, saya tak tahu sama ada berkaitan single baharu atau perkara lain.

"Memang Forteen ada lagu baharu yang sudah disiapkan dua bulan lalu. Namun, pelancarannya ditangguhkan selepas kami menyertai GV5. Jika diikutkan, single itu mahu dilancarkan selepas GV5.

"Kalau saya sudah keluar (kumpulan) pun, saya sedia bagi kerjasama untuk promosi lagu itu. Saya tiada masalah... Apa pun kita tunggu saja sebarang pengumuman lanjut," tuturnya.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: