21 November 2018

KEKASIH: "KALAU JODOH MAT DESPATCH, RUHAINIES CINTAI SEPENUH HATI"


Hubungan cinta yang terjalin antara pelakon Ruhainies dan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr. E itu mendapat perhatian netizen di laman sosial.





Rata-ratanya mendoakan hubungan mereka berkekalan namun ada juga segelintir yang menganggap Ruhainies memilih lelaki itu disebabkan kemewahan.

Bagaimanapun, jejaka yang menggunakan akaun Instagram bernama Elffjohan itu tampil mempertahankan kekasihnya menerusi ruang komen di laman sosial wanita itu.

"Soal hati tak ada kena mengena dengan pekerjaan, wajah yang kacak dan sebagainya. Kalau dah jodoh dia, dia dapat seorang yang kerja mat dispatch pun, dia akan tetap mencintai dengan seikhlas hati," tulis kekasih Ruhainies yang tampil mempertahankannya.

Klik untuk gambar besar


Mr. E membalas komen salah seorang netizen yang bertanya pelakon itu akan terima atau tidak sekiranya dia seorang 'mat dispatch'.

Menurutnya teman lelaki Ruhainies itu merupakan seorang ahli perniagaan yang menetap di London itu lagi, lebih baik doa yang baik-baik supaya nanti akan mendapat rezeki.

"Awak pernah kenal dia? Macam yang saya katakan, doa yang baik-baik sahaja, nanti dapat rezeki Insya-Allah," katanya.



Sebelum ini ada 23 September lalu, Ruhainies mendedahkan terbuka hati untuk menerima Mr E sebagai kekasih disebabkan sikapnya.

Ruhainies yang masih belum mendedahkan wajah penuh kekasihnya itu bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki budiman seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Dalam pada itu, Ruhainies turut membalas komen tersebut dengan mengatakan dia akan terima jodoh yang Allah telah tentukan Kata pelakon drama bersiri 'Tiada Cinta Sepertimu' itu, asalkan jodoh itu adalah manusia dan bukanlah almari atau meja.

"Kalau mat despatch tu manusia, dan dia adalah jodoh yang Allah tentukan, saya terima. Asalkan dia tu manusia. Bukan almari, bukan meja. Lol (laugh out loud)," kata Ruhainies.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: