21 November 2018

8 TAHUN JAWAB PERSOALAN - ALYAH MOHON MAAF, TIADA NIAT


"Dalam setahun ada 12 bulan, jangan kata penyanyi jelah, kita letak semua manusia dalam bumi ini, tak kira dia lawyer, nelayan, dia apa-apalah atau dia netizen sekalipun, mesti ada hari buruk kita dalam 12 bulan tu. Saya anggarkan dua hari lepas adalah hari terburuk saya untuk sepanjang tahun ini.





"Sebelum saya turunkan komen saya di Instagram (si dia - merujuk kepada Ramli MS) saya dah tahu apa akibatnya dan saya sangat pasti dengan apa yang saya buat, saya bukan budak-budak yang baru dapat telefon," kata penyanyi Datin Alyah menerusi satu hantaran di Instagram.

Setelah membuat kontroversi meninggalkan komen mengejutkan di perkongsian video Instagram milik suaminya Datuk Ramli MS, Alyah akhirnya mengaku tindakannya itu adalah satu hari terburuk dia pada tahun ini.

Alyah, bagaimanapun yakin untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan selain sudah memikirkan kesan akibat komen ditinggalkannya itu.

Pada Ahad lalu, Alyah meninggalkan komen berbaur sindiran di salah satu video di Instagram milik suaminya yang juga pengarah muzik. Komen ditinggalkan Alyah di video ini mengundang reaksi pengikut.

Klik untuk gambar besar


Video tersebut memperlihatkan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad membuat ucapan hari jadi kepada Ramli. Penyanyi lagu 'Jutaan Purnama' itu memberitahu sambutan hari jadi seperti itu digemari suaminya berbanding bacaan al-Quran yang dibuat untuknya di rumah.

Bagaimanapun komen tersebut mendapat perhatian pengikut Ramli yang menyifatkan ia sebagai tidak patut dilakukan seorang isteri kepada suaminya. Malah ada menyifatkan tindakan Alyah menyindir Ramli sebagai tiada adab, tidak menghormati dan membuka aib suaminya sendiri kepada khalayak.

Pun begitu, penyanyi 'Sesal Separuh Nyawa' itu yang membalas komen tersebut meminta pihak luar tidak masuk campur dalam urusannya. Sementara itu, pemilik nama Noor Hasliah Abu Hassan ini berkata komennya itu tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa dan menganggap ia ingatan daripada Allah.

"Saya tiada niat untuk mengaibkan sesiapa dan kejadian ini tidak terjadi setiap hari. Saya percaya ini juga gerak daripada Allah bagi mengingatkan saya juga (si dia) dan mungkin kami terleka dan ego dengan sifat suka menyalahkan.



"Air tidak perlu mengatakan yang dia suci, matahari tidak perlu bagitahu yang dia kuat, siang tidak perlu marah bagi menyuarakan yang dia hebat," kata penyanyi berusia 37 tahun ini.

Alyah memberitahu yang dia tidak mahu lagi menjawab sebarang persoalan mengenai rumah tangganya dan tampil memohon maaf jika kata-katanya selama ini menggores hati mana-mana pihak di luar sana dan percaya Allah mengetahui apa yang terbuku dalam hatinya.

"Selama lapan tahun hanya saya saja yang menjawab segala persoalan dari anda mengenai rumah tangga saya dan hari ini saya ingin memberitahu saya tidak akan lagi menjawab segala soalan mengenai rumah tangga saya mahu pun mengenai (si dia) terpulang kepada kamu ingin mentafsirkan apa.

"Saya percaya hanya Allah sahaja tahu apa yang ada di dalam ini. Mungkin saya telah mencuit atau menguris hati-hati di luar sana.

"Saya ALYAH dengan serendah diri memohon maaf kerana saya telah membuatkan kamu kecewa, namun jauh di sudut hati saya tidak bermaksud sedemikian," ujarnya berkahwin dengan Ramli MS pada 18 Mac 2013 di Indonesia secara rahsia.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Alyah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: