22 November 2018

"MELUTUT BARU DIA MAAFKAN KAMI" - FORTEEN NAFI 'PULAUKAN'


"Perkara ini boleh dibawa berbincang. Saya siap cakap dengan nada yang lembut dan meminta maaf, tetapi dia memberi isyarat tangan tanda menolak. Sedih? Sudah kering air mata saya.





"Selalunya kalau timbul sesuatu isu, kami akan beri ruang seketika, seterusnya berbincang. Tetapi, kali ini lain pula jadinya. Bagi saya, semua ini berpunca daripada ego dan saya sudah memohon maaf.

"Terfikir juga, adakah dengan melutut baru dia akan maafkan kami?," kata One yang mewakili ahli kumpulan Forteen dalam satu sidang media diadakan semalam.

One memberitahu, dia sudah meminta maaf dan cuba untuk berbincang dengan Izzue Islam namun tidak diberikan peluang. Malah katanya, dia juga cuba memujuk Izzue supaya memikirkan semula keputusan mahu keluar dari Forteen namun tidak diendahkan.

Klik untuk gambar besar


Menurut One, mereka sudah bersama selama tujuh tahun dan sangat sayangkan kumpulan Forteen. Sebelum ini apa jua masalah mereka akan hadapi bersama dan berbincang, tetapi kali ini tiada perbincangan antara mereka berempat sebelum pengumuman untuk menarik diri itu dibuat.

Beberapa hari lalu, Izzue mengumumkan dia menarik diri daripada kumpulan Forteen kerana tidak lagi ada persefahaman antara mereka. Malah Izzue juga mendedahkan sering dipulaukan oleh anggota lain dan itu merupakan salah satu sebab dia mahu mengundurkan diri.

Bagaimanapun, kumpulan Forteen menjelaskan apa yang berlaku hanyalah salah faham kecil, berkaitan isu pertukaran lagu tanpa perbincangan yang membuatkan Izzue terkejut dan berkecil hati.

Menerusi sidang media tersebut, kumpulan Forteen turut menafikan pihaknya memulaukan Izzue yang juga merupakan seorang pelakon. Menurut mereka, apa yang berlaku hanyalah salah faham kecil mengenai permilihan lagu.



Ariz yang mewakili ahli kumpulan Forteen berkata, tindakan Izzue hingga mahu menarik diri dari kumpulan mereka membuatkan mereka terkejut kerana ianya berpunca dengan salah faham kecil sahaja.

"Kami agak terkejut dia keluarkan kenyataan dipulaukan oleh anggota yang lain sedangkan kami tidak diberikan ruang untuk bercakap. Masalah yang dihadapi tidak besar mana, mungkin dia salah faham mengenai pemilihan lagu di 'Gegar Vaganza Party Road to Finale'.

"Dia beranggapan kami tidak mendengar pendapatnya tentang pemilihan lagu dan belum sempat kami nak kata apa-apa mengenai lagu yang dipilih, dia terus mendiamkan diri dan tiga hari selepas itu dia buat keputusan untuk mengundurkan diri," jelas mereka.

Menurut Ariz, sudah tujuh tahun mereka bersama dan sentiasa berbincang tentang masalah yang dihadapi, tetapi jelasnya kali ini tiada perbincangan langsung dari pihak Izzue tentang keputusannya untuk menarik diri.
















www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: