22 November 2018

ISTERI SAH HAMIL - ABAM BOCEY MAHU LARI MENJERIT


Tahniah kami ucapkan kepada pelawak Abam (Bocey) yang sebelum ini pernah berasa kecil hati apabila kerap ditanya bila isteri nak hamil itu akhirnya bakal menjadi bapa.





Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, berkata, isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan hamil tiga bulan dan ia merupakan berita yang ditunggu-tunggu sejak mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu.

"Alhamdulillah rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semua," ujarnya berkahwin dengan Norhidayah pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.

Klik untuk gambar besar


Abam berkata, dia mengetahui tentang kehamilan isterinya sejak bulan lalu, namun membuat pemeriksaan doktor pada petang Rabu.

"Saya dah tahu lama tapi tadi baru kami ke klinik buat pemeriksaan. Alhamdulillah. Saya tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting bayi itu sihat dan semuanya selamat," katanya.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: