22 November 2018

SOKONG NAJIB - ELLIE SEDIA TERIMA RISIKO 'DIPENJARAKAN'


"Secara jujur suami saya baca komen-komen netizen dan dia juga berasa marah apabila orang bercakap macam-macam tentang saya. Dia juga takut dan bimbang saya ditangkap dan dipenjarakan, tapi dia tahu apa yang saya perjuangkan dan merestui perjuangan ini.





"Dia tahu saya lakukan ini untuk masa depan generasi akan datang. Anak-anaknya kami matang dan menerima apa yang saya lakukan. Baru-baru ini mereka minta saya datang ke sekolah kerana ada menyertai teater dan saya bertanya sama ada betul ke mereka mahu saya datang?

"Saya pula bimbang apa dan bagaimana pandangan kawan-kawan mereka terhadap saya? Tapi mereka tetap mahukan saya datang menyaksikan teater itu tanpa rasa malu.

"Tidak ada sesiapa yang boleh menghentikan perjuangan ini dan saya sedia dipenjarakan jika dianggap sebagai satu ancaman," jelas pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar ketika ditanya mengenai reaksi suami dan anak-anak dan sejauh mana dia bersedia dengan perjuangan ini.

Klik untuk gambar besar


Ellie mengejutkan dunia hiburan apabila dia terlibat menyertai perhimpunan dan demonstrasi anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi sokongan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau yang berusia 48 tahun yang kini mahu dikenali sebagai aktivis politik tekad dengan perjuangannya menyokong parti Umno dalam membela nasib generasi akan datang.

Ditanya bagaimana perjalanan kerjaya seninya sejak terlibat dengan gerakan menyokong Najib dan Umno, kata Ellie yang dia tidak digam tetapi faham jika dia tidak lagi dipanggil.



"Saya tidak digam mana-mana pihak tapi saya faham kalau mereka tidak lagi panggil saya. Saya tidak rancang ini akan berlaku tapi ini terjadi. Saya tidak persoalkan kenapa Allah pilih saya. Saya ditakdirkan untuk lalui perjalanan ini untuk masa depan rakyat.

Ramai yang mengkritik dan mengecam perjuangan Ellie dengan lemparan kata-kata tidak sepatutnya dan apa yang Ellie lakukan bukan saja dikritik netizen tapi kawan-kawannya sendiri termasuk Chef Wan, antara selebriti yang lantang mengkritik tindakan Ellie.

"Secara asas politiknya kalau ingin menghentam kena faham apa yang diperjuangkan. Kalau nak hentam saya tentang sesuatu isu individu itu kena faham tetang isu itu bukan menuduh saya minum ketum. Apa tu?



"Pada saya itu tak matang. Dia seorang tukang masak (merujuk kepada Chef Wan), dia tahu ketum pun boleh jadi herba yang baik untuk kesihatan. Apa yang saya nak beritahu adakah setakat itu sahaja serangannya?

Dalam pada itu, Ada segelintir pihak membuat tuduhan dengan menganggap tindakan Ellie terjerit-jerit di khalayak sebagai tidak waras.

"Ada yang tuduh saya terjerit-jerit itu hanyalah lakonan saya, itu tuduhan biadab! Hanya kerana saya seorang anak seni, saya diminta berdiam dan dicemuh kerana hak saya bersuara? Sepatutnya mereka tanya kenapa saya marah? Takkan saya nak marah saja-saja. Untuk membangkitkan perasaan rakyat, boleh ke bercakap seperti dalam kelambu?

"Kalau saya dibayar perjuangan saya berbeza. Mana mungkin seseorang mengorbankan kasih sayang terhadap bidang seni dengan imbuhan wang. Saya dapat kecaman yang sangat hebat tapi saya tidak hirau kerana saya bercakap benar," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: