06 November 2018

ALIFF SYUKRI: "SIKIT-SIKIT VIRAL SALAH SAYA" - ISTERI 'HARAMKAN', TAK TAHAN


Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sejak hujung minggu lalu menerima pelbagai kritikan hebat daripada netizen termasuk juga rakan artis.





Mereka semua merasakan tindakan penaja utama GV5 tersebut memburukkan imej seorang penonton di GV5 dengan menyatakan ingin mencari seorang wanita hodoh untuk mempromosikan produknya itu melampau.

Mungkin sudah tidak tahan dirinya terus dikecam, Aliff menerusi akaun Instagramnya semalam memuatnaik sebuah video luahan hatinya.

Dalam video tersebut, penyanyi lagu 'Bobo Dimana' itu berasa kecewa mengapa dirinya terus dipersalahkan dan apa sahaja yang beliau lakukan pasti akan viral serta dijadikan target untuk netizen mengecam dirinya.

Klik untuk gambar besar


Kata Aliff, beliau tidak sengaja menghina wanita tersebut. Tidak boleh memuaskan hati semua orang, Aliff enggan lagi terus memikirkan apa lagi percakapan orang terhadap dirinya.

Manakala isteri Aliff pula iaitu Datin Seri Shahida dilihat tidak tahan apabila suaminya itu terus dikecam oleh netizen dan meminta agar Aliff selepas ini tidak lagi muncul di kaca TV mahupun hadir ke konsert GV 5 meskipun beliau adalah penaja utama program tersebut.

Shahida akui tidak semua orang faham dengan sikap Aliff yang sering terlepas cakap semasa siaran langsung walaupun ia berlaku secara tidak sengaja.



Menerusi status yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, Shahida juga merasa terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang masih terus ingin mencari kesalahan mereka sedangkan Aliff sebelum ini menerusi Instagram Live sudah pun memohon maaf atas keterlanjurannya itu.

Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan apa yang berlaku sudah pun dirancang terlebih dahulu dan penonton wanita yang Aliff gelarkan hodoh itu sebenarnya adalah pekerja mereka.

Isu ini memang agak sensitif untuk dibicarakan. Jika benar ia sudah dirancang sekalipun, ramai yang berpendapat masih ada banyak lagi cara untuk Aliff mempromosikan produknya itu.

Harapanya insiden seperti ini tidak berulang lagi dan terimalah setiap teguran dengan hati yang terbuka. Apa pula komen anda?










ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara, Instagram Aliff Syukri & Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: