06 November 2018

"SEDIKIT KESILAPAN MUNGKIN SAYA...." - SHUIB DIHURUNG 350K LEBAH


Pada Isnin lalu, pelawak Shuib Sepahtu telah mencipta sejarah dalam 'The Malaysia Book Of Records' apabila berjaya menjadi 'Most Numbers of Bees On Human Body (Male)' dan ia bukanlah sesuatu yang mudah.





Suami kepada penyanyi Siti Sarah itu yang telah berkongsi pengalamannya dan berkongsi detik cemas ketika dihurung oleh 340,000 ekor sekumpulan lebah di muka dan badannya menerusi entri di Instagram (IG).

"Perkara yang langsung saya tak pernah terfikir untuk buat. Risiko sangat tinggi sebab sedikit kesilapan mungkin akan menyebabkan saya berada dalam bahaya.

"Masa muka ditutupi lebah hampir tiga inci, ketika itu keluar semua muka orang yang saya sayang, semua kata-kata semangat daripada rakan-rakan dan paling nyata adalah "Hanya Allah sahajalah tempat bergantung paling Indah".

"Terima kasih Team MaduTiga sdn bhd, Terima kasih @beefactoryhqbyshuib, terima kasih @malaysiabookofrecords dan terima ksih pada semua yang terlibat dalam menjayakan #beemanchallenge ni. Tahniah @pabloamirul We Made It! #malaysiabookofrecords #340,000 #beefactory #maduasli," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata ketika itu dia menyedari hanya Allah sahaja yang boleh membantunya untuk terus bertenang.

"Sebenarnya ketika muka saya sudah dipenuhi dengan lebah setebal tiga inci, saya mula berfikir macam-macam. Waktu itu saya dah terasa muka kena sengat. Dalam fikiran saya dah fikir macam-macam. Mula-mula saya fikir orang tersayang dan kata-kata semangat mereka.

"Tapi semakin banyak kena sengat dan saya tak boleh bergerak atau menggelupur, saya mula sedar hanya Allah sahaja boleh bantu saya ketika itu. Apa yang boleh saya buat untuk bertenang adalah sepanjang itu saya berzikir dan berdoa pada Allah," katanya.

Selain Shuib, pelakon Pablo Amirul turut mencipta rekod yang sama apabila mereka berdua berjaya meletakkan 340,000 ekor di badan. Cabaran tersebut merupakan anjuran Madu Tiga Sdn Bhd yang telah diadakan di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka.

Dalam pada itu, suami kepada penyanyi Siti Sarah ini mengakui keadaannya hampir di paras bahaya namun dia tetap bertahan dan meneruskan cabaran tersebut.



Kata Shuib, sebagai pengusaha produk madu lebah, dia perlu melaksanakan cabaran itu untuk berasa lebih dekat dengan serangga tersebut.

"Sebenarnya keadaan saya ketika itu dah 95 peratus paras berbahaya. Kalau saya bergerak terlalu banyak, lebah akan berterusan menyengat.

"Sengatan lebah tidak terlalu bahaya tapi kalau terlebih dos sengatan itu yang boleh bawa maut. Alhamdulillah, saya masih okey dan berjaya menamatkan cabaran tersebut.

"Sebagai pengusaha produk madu, saya perlu lakukan cabaran ini supaya saya rasa lebih dekat dengan lebah," ujarnya yang kini dalam keadaan baik biarpun wajahnya menjadi bengkak dan mengalami demam selama empat jam pada malam Isnin.

Rata-rata mengucapkan tahiah Shuib dan Pablo Amirul kerana berjaya mencipta sejarah dalam 'The Malaysia Book Of Records'.












www.myartis.com / Sumber: mStar, Astro Gempak & Instagram Shuib Sepahtu


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: