06 November 2018

ISU ALIFF SYUKRI - DATUK VIDA MINTA NETIZEN MAAFKAN, TAK BERNIAT


"Kecaman ada di mana-mana, mental kena kuat tapi sedihnya ramai juga yang kecundang, ramai yang berusaha keras dalam diam, hidup ini tak semudah bicara.





"Kita tidak akan dapat lari daripada stigma masyarakat dan bukan mudah juga menjadi satu-satu yang unik dalam masyarakat. Semoga adindaku Aliff Syukri terus kuat!

"Kadang-kadang kita tersasul tapi tak berniat pun. Maafkanlah dia, setiap orang pasti melakukan kesilapan dan paling penting jadikan pengajaran," tulis usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) yang meminta sahabatnya, Datuk Seri Aliff Syukri supaya tabah berdepan kecaman netizen.

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman, 47, berkata setiap manusia melakukan kesilapan dan tragedi yang berlaku itu hendaklah dijadikan sebagai pengajaran dalam hidup.

Menerusi konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada Ahad lalu, Aliff yang merupakan pengasas produk D'Herbs diberi kesempatan oleh produksi untuk mempromosikan produk pemutihnya.

Klik untuk gambar besar


Tetapi dia membangkitkan kemarahan netizen, apabila mengeluarkan komen dianggap keterlaluan antaranya 'berwajah hodoh dan bomoh' terhadap seorang penonton.

Bagaimanapun, Aliff sudah membuat permohanan maaf ketika konsert itu bersiaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sebelum ini, Vida turut menerima kecaman hebat netizen apabila juara Gegar Vaganza musim keempat iaitu Aishah mendakwa barangan kemas tajaan penaja yang bernilai RM80,000 adalah palsu.

Gara-gara kontroversi tersebut, Vida mendedahkan perniagaannya mengalami kerugian hampir RM1 juta. Pengasas kosmetik dari Kelantan ini merupakan penaja program realiti tersebut dari musim pertama hingga keempat.






www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Datuk Vida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: