07 November 2018

VIDEO: BERSAMA 'WANITA HODOH' - ALIFF SYUKRI AKUI HANYA GIMIK


Sebelum ini, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menerima kecaman teruk daripada setiap sudut atas kelancangan kata-katanya menggelar seorang perempuan 'hodoh' untuk dijadikan testimoni produk pemutih kulitnya.





Menerusi laman Instagram baru-baru ini, Aliff akhirnya memuatnaik satu video penjelasan berkaitan insiden kontroversi yang berlaku di GV5 hujung minggu lalu.

Dalam muatnaik tersebut, Aliff memberitahu yang semua yang berlaku sudah dirancang terlebih dahulu, bahkan wanita itu juga mengakui beliau telah bersetuju untuk dijadikan model agar Aliff dapat membuat 'demo' produknya itu bagi tujuan pemasaran.

Klik untuk gambar besar


Mereka berdua tidak mempunyai sebarang masalah langsung mahupun timbul isu kecil hati. Pada masa yang sama, Aliff turut memohon maaf atas khilafnya itu terpulanglah kepada netizen jika ada yang masih mahu mengecam dirinya.

Terdahulu, bukan sahaja netizen tetapi ramai juga selebriti menyuarakan pendapat serta menegur tindakan Aliff itu yang salah dan agak melampau. Tidak perlu untuk menghina rupa paras mahupun warna kulit seseorang hanya untuk mempromosikan sesuatu produk. Gunalah cara yang lebih berhemah.






ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: