Setelah 20 tahun berhenti berlakon, akhirnya pelakon Datin Sharmaine Farouk telah kembali ke layar televisyen dan ini juga kemunculan pertamanya selepas sekian lama. Siapa yang mengikuti perkambangan dunia filem sejak tahun 1990-an pasti akan mengenali beliau.

Sharmaine baru-baru ini membuat kemunculan semula melalui satu akaun Instagram dan sedang menjalani penggambaran sebuah telemovie yang bakal ditayangkan Ramadan ini. Telefilem berjudul 'Realiti Ramadan Mike' itu akan ditayangkan di NTV7.
Untuk pengetahuan anda, Sharmaine pernah muncul dalam filem 'XX Ray' pada tahun 1992 dan 'Panggilan Pulau' pada tahun 1994.
Sharmaine berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC), Datuk Razlan Razali. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang anak.
Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber: Instagram Sharmaine Farouk
________________________

No comments:
Post a Comment