07 November 2018

MAHU CUBA SEHABIS BAIK - ZAMANI HARAP BERTAMBAH PULIH


Menjelaskan suaranya tidak dapat dilepaskan sewaktu berada di atas pentas kerana masalah yang dialami pada bahagian peti suara, penyanyi Zamani memberitahu yang dia pernah terdetik dalam hatinya untuk mengundurkan diri.





Bagaimanapun, apabila memikirkan tanggungjawab dan kepercayaan para penaja di atas bahunya, Zamani tetap meneruskan perjuangan dalam Gegra Vaganza musim kelima (GV5).

"Kalau memikirkan soal maruah, saya mahu tarik diri tetapi tanggungjawab telah diberikan dan saya tidak mahu mempersiakan kepercayaan orang kepada saya.

"Tambahan pula, peminat yang datang saban minggu tidak pernah berhenti menyokong. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan pertandingan," katanya.

Beralih mengenai status pengurusannya pula, Zamani berkata, dia kini diuruskan oleh Aalan Ahmad, bukan Johan Aziz.

Klik untuk gambar besar


"Sebetulnya, Johan merupakan pengurus saya sejak saya bersama Slam tetapi Aalan pula yang bertanggungjawab menguruskan penglibatan saya dalam GV5.

"Buat masa ini, saya mahu memberi fokus terhadap pertandingan. Selepas semuanya selesai, saya dan Johan akan duduk berbincang untuk menyelesaikan sebarang isu berbangkit," jelas Zamani.

Mahu terus kekal dalam GV5, vokalis kumpulan Slam itu berkata, dia akan cuba sehabis baik untuk konsert akan datang.

"Saya akan terus berjumpa dengan doktor dan mengambil ubat seperti yang disarankan. Semoga kesihatan saya bertambah baik menjelang konsert minggu ini," katanya yang bakal membawakan dua buah lagu pada konsert separuh akhir GV5 iaitu 'Dekat Padamu' dan 'Di Matamu'.

Biarpun kesihatannya baru sahaja pulih, Zamani tetap memberi kejutan apabila mendapat markah yang agak tinggi dalam persembahan minggu lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & @abgadeksuperfans_official


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: