07 November 2018

CHE TA: "KEMEGAHAN DALAM MENIRU!!!" - PEREKA FESYEN HETTY NAFI 'CEDOK'


Semua mengetahui dan mengenali pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta ini yang lantang bersuara apabila ada yang tidak kena pada pendapatnya.





Baru-baru ini, Che Ta yang juga usahawan itu dilihat memuatnaik gambar busana yang digayakan oleh penyanyi dan pelakon Hetty Sarlene. Dakwanya, rekaan busana tersebut adalah hasil ciplak.

Busana yang digayakan Hetty pada minggu keenam konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) mendapat perhatian netizen kerana ia dikatakan pakaian idea 'cedok'.

Gaun rekaan Chintafifi itu dikatakan seakan-akan sama baju pereka fesyen Rizman Ruzaini yang pernah digayakan Che Ta pada Julai lalu.

Menambah rencah lagi, rekaan busana tersebut didakwa oleh individu melalui nama Seeri Fiffy adalah diinspirasikan daripada burung merak – sekaligus membuatkan Che Ta bengang.

Klik untuk gambar besar


"Kemegahan ya? Kemegahan dalam meniru!!!," kongsi isteri kepada pelakon Zain Saidin itu di laman Insta Stories miliknya.

Bagaimanpun, pemilik Chintafifi yang mahu dikenali sebagai Fifi berkata dia tidak menyedari gaun tersebut sama seperti rekaan pemilik jenama fesyen terkenal itu.

Menurutnya, dia tidak pernah terfikir untuk meniru rekaan mana-mana pereka fesyen memandangkan busananya dipakai pada konsert GV5.

"Sejujurnya saya tidak meniru dan tak pernah terfikir pun nak tiru rekaan daripada mana-mana pereka fesyen sebab ini konsert yang besar.



"Semasa perbincangan untuk rekaan baju itu, saya dan Hetty tidak menggunakan sebarang sumber dan hanya mengeluarkan idea masing-masing.

"Saya sendiri tidak menyedari dan tak sangka rekaan itu sama seperti baju yang pernah dipakai Che Ta," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Namun baju yang dipakai Hetty mempunyai perbezaan dari segi warna lebih gelap dan kain kembang berbanding baju Che Ta.

Dalam pada itu, biarpun Fifi menjadikan Rizman Ruzaini sebagai idolanya namun itu tidak maksud dia mahu meniru rekaan pereka fesyen itu. Bagi Fifi, fesyen itu juga bersifat terbuka dan idea rekaan atau konsep juga berulang-ulang.



"Bagi saya, fesyen itu 'universal' atau bersifat terbuka. Kalau anda lihat dan perasan, idea rekaan atau konsep itu akan berulang-ulang.

"Saya memang jadikan Rizman Ruzaini sebagai idola dalam bidang ini tapi itu tidak bermaksud yang saya tiru rekaan mereka," ujarnya.

Sementara itu, dia akan memastikan pakaian yang Hetty bakal gayakan pada malam minggu semifinal konsert GV5 tidak akan sama dengan mana-mana rekaan.

Sebelum ini Che Ta memang berani bersuara menentang apa yang tidak kena pada matanya. Masihkah anda ingat lagi Che Ta pernah menegur pengkritik fesyen, siap tag lagi di Instagram gara-gara pengkritik tersebut mempersendakan golongan berbadan besar.


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: