07 November 2018

KATA 'ANAK KULIT GELAP TAPI OTAK BIJAK' - ALIFF SYUKRI DIKECAM LAGI


Belum lagi lega isu memanggil seorang hadirin di konsert minggu ke-6 Gegar Vaganza musim kelima (GV5), dengan gelaran wanita hodoh dan mengutuk warna kulit penyanyi Santesh Kumar, kini usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dikecam dan menjadi bualan ramai sekali lagi.





Aliff perhatian netizen dimana baru-baru ini beliau ada memuatnaik sekeping gambar bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan beserta kepsyen yang mengundang kecaman.

Menerusi posting tersebut, Aliff memberitahu anaknya itu semenjak dari kecil sudah diajar untuk berjimat. Katanya lagi walaupun anaknya itu berkulit gelap tetapi memiliki otak yang bijak serta pandai berniaga.

Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen mengecam kenyataan Aliff yang tidak habis-habis mempermainkan warna kulit. Kata netizen lagi, warna kulit tidak ada kena mengena dengan kepandaian seseorang.

Klik untuk gambar besar

Ada juga netizen mengatakan, ini rupanya cara orang kaya yang tidak berpelajaran berkata-kata. Ada juga netizen memberikan komen pedas mengatakan kebijaksanaan anaknya itu datang dari ibu bukan dari bapanya.

Ini bukan kali pertama Aliff dikritik berikutan kenyataannya berbaur negatif. Terdahulu, Aliff dikecam teruk apabila beliau memuat naik gambar di Instagram menggelar anak-anaknya seperti pengemis.

Apa-apapun diharap selepas ini Aliff lebih berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik status.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: