30 November 2018

ATAS PERMINTAAN ANAK - RAF & MAWAR AKAN NAIK PELAMIN LAGI


Sebagai memenuhi permintaan anak-anaknya, suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob mahu mengikut jejak abangnya iaitu penyanyi Datuk fazley Yaakob untuk naik pelamin lagi.





Raf, 33, berkata pemintaan Chanela, 3, dan anak sulungnya Raden Ahmad Rayyan, 7, itu disebabkan mereka tidak menyaksikan majlis perkahwinan antara dia dan Mawar pada tahun lalu.

Menurut Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob ini, antara permintaan anaknya ialah lokasi majlis yang akan diadakan itu perlu mempunyai kolam renang untuk bermandi-manda.

"Chanela mahu saya dan Mawar berkahwin (sanding) lagi. Jadi dia dan Rayyan boleh menghadiri majlis itu. Sebab mereka tidak dapat hadir #MawaRafReception tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


"Dalam pemikiran dia, sudah semestinya lokasi itu perlu ada kolam renang dan dia mahu terjun," kata Raf menerusi laman Instagram miliknya.

Untuk makluman, Chanela dan Raden ialah anak Raf menerusi perkahwinan pertamanya sebelum mengahwini Mawar.

Raf turut memuatnaik video perbualan mereka di dalam kereta menerusi laman sosialnya dan rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat kanak-kanak itu.

Dalam pada itu, Raf akan menunaikan pemintaan anaknya selepas Mawar melahirkan bayi sulung mereka yang dijangka bersalin pada Mac tahun hadapan.



Kemungkinan pasangan itu akan mengadakan majlis tersebut pada sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-10 iaitu pada 2027.

"Saya kata boleh, selepas mummy Rose melahirkan adik awak (mungkin ulang tahun perkahwinan yang ke 10)," ujarnya.

Raf berkahwin dengan Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23, pada 9 November tahun lalu.

Pada Selasa lalu, abang kepada Raf melangsungkan persandingan kali kedua bersama isteri Datin Azrene Soraya Abdul Aziz selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga sebagai memenuhi hajat arwah ayah.












ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: