30 November 2018

SIKAP DAHULU - BOB LOKMAN ANGGAP UJIAN KIFARAH


"Saya kuat merokok. Itulah takdir saya pilih dan bukannyaAllah tetapkan. Kalau kita pilih takdir macam ni, maka kita dapatlah akibat dia. Isteri saya lari, tinggalkan saya dengan anak-anak sebab dia rasa saya tiada masa depan.





"Benda tu menjadi satu ujian paling besar sehingga saya hilang arah hampir 12 tahun. Rupa-rupanya apa yang saya tulis tu jadi balik pada saya sehingga saya tak boleh menulis lagi. Saya tulis sebelum cerita berlaku, jadi saya anggap ia sebagai satu kifarah kepada saya.

"Apabila datang teguran tu saya pun berfikir, betullah saya seorang yang sombong. Bermula dari situlah proses hijrah saya. Saya terfikir macam mana nak berubah, tak nak lagi jadi popular, tak nak cari makan dengan cara yang sombong sebab saya sombong ketika saya popular.

"Saya jarang senyum dan memilih orang untuk berkawan, saya tak kawan dengan orang bodoh, saya tak mendekatkan diri dengan mereka lebih-lebih lagi kalau nak minta bantuan saya," tutur pelakon dan komposer, Bob Lokman yang menceritakan bagaimana penyakit itu mengubah kehidupannya.

Klik untuk gambar besar


Peminat muzik rock tegar sudah tentunya tahu lagu-lagu bergenre itu yang menjadi siulan ramai seperti 'Isabella', 'Taman Rashidah Utama' dan 'Rendang Tak Berbuah' liriknya ditulis Bob.

Tidak lagi aktif dalam dunia seni, Bob kini sedang berjuang melawan derita penyakit jantung dan darah tinggi.

Difahamkan Bob mula memperlahankan karier seni dan berhijrah setelah jatuh lumpuh pada tahun 1997. Dari situlah masalah lain mula datang apabila Bob diserang sakit jantung dan darah tinggi akibat merokok.



Dugaan yang dilaluinya membuatkan Bob kembali mengimbau lirik yang ditulisnya sebelum ini. Malah kongsinya lagi, sebelum ini pernah ulama menegurnya sombong hingga membuatkan beliau nekad untuk berhijrah.

Tindakan nekad isteri membuatkan Bob mengimbau kembali lirik tulisannya dan beranggapan apa yang ditulis benar-benar berlaku dan merasakan ianya kifarah.

Walaupun pada hakikatnya Bob sering terlebih dahulu sakit dan terlantar, namun takdir menentukan segalanya. Anak sulung, Mohamad Adam, 25, yang menjaganya selama ini kembali ke rahmatullah 5 Oktober lalu.



Anak Bob yang mempunyai sejarah mengidap ketumbuhan di bahagian otak ketika kecil telah meninggal dunia selepas rebah di beranda rumah mereka yang terletak di Saujana Akasia, Sungai Buloh.

Biarpun sedih dengan kehilangan anak yang menjaganya selama ini, namun Bob bersyukur pada usia lanjutnya, Allah menggerakkan hatinya untuk menjadi lebih baik.

Bob kini bergantung dengan tabung oksigen untuk bantuan pernafasan ketika tidur dan terpaksa mengambil 13 jenis ubat dengan kos lebih RM1,000 sebulan.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: