30 November 2018

5 FOTO: MIA AHMAD & SUAMI BERCUTI DI JEPUN - PEMINAT GEMBIRA


Semua mengetahui mengenai pergolakkan yang pernah melanda rumah tangga pelakon Mia Ahmad dan suaminya penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi yang sebelum ini hangat diperkatakan.





Kini peminat berasa lega apabila melihat posting terbaru dimuatnaik di laman Instagram dimana mereka sekeluarga sedang bercuti di Jepun.

Menerusi posting itu, Izham memuatnaik gambar mereka sekeluarga bersama anak tersayang, Sayf Issa yang kini berusia 2 bulan lebih. Melihatkan pada gambar tersebut, peminat menyangkakan pasangan itu sudah pun berbaik.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Mia pernah berkata, beliau akan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangganya yang bergolak. Rata-rata di ruangan komen, ramai mendoakan pasangan itu kembali bahagia seperti dulu.

Terdahulu tindakan Mia memadam semua gambar suaminya di media sosial, seolah memberikan bayangan rumah tangganya sedang bermasalah. Bagaimanapun Izham pula menafikan dakwaan beliau curang dengan wanita lain.

Setiap masalah ada penyelesaiannya, jika boleh diselesaikan secara baik apa salahnya. Tumpang gembira melihat Mia kembali bahagia disisi suami tersayanag dan anak yang baru saja dilahirkan.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Mia Ahmad & Izham Tarmizi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: