02 November 2018

BAKAL TUNAI UMRAH KALI KEDUA - MARSHA TERINGIN ZURIAT


"Sekiranya doa Marsha diterima, semestinya menginginkan rezeki anak. Namun, itu bukan sebab utama mengapa Marsha ke tanah suci.





"Marsha menganggap semua ini adalah rezeki serta merupakan masa yang terbaik untuk mendekatkan diri dengan-Nya bersama ahli keluarga," kata penyanyi Marsha Milan yang akan terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah buat kali kedua bersama suami dan keluarganya.

Bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia berkata, antara doa yang akan dititipkan ketika berada di sana adalah keinginannya untuk mempunyai cahaya mata.

Klik untuk gambar besar


Marsha atau nama penuhnya, Marsha Milan Londoh, 33, mengaku berasa gementar dan takut walaupun ini bukan kali pertama menjejakkan kaki di sana.

"Masa pertama kali ke sana ketika itu Marsha masih naif. Untuk kali kedua ini, Marsha sudah mengetahui apa yang perlu dan tidak perlu dibuat ketika di sana.

"Memandangkan berada di tanah suci, Marsha perlu menjaga tatatertib dan perbualan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: