02 November 2018

PENGACARA 'HALAU' DARI 'MELETOP' - 'KEMBAR' FT TERKILAN


Pelawak Joe Aziz yang berwajah seperti penyanyi Faizal Tahir (FT), baru-baru ini telah 'dihalau' oleh pengacara program hiburan 'MeleTOP' iaitu Nabil Ahmad dan Noor Neelofa itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.





Meskipun nama Joe tidaklah sepopular pelawak lain yang gah, rata-rata netizen bagaimanapun berpendapat kedua-dua pengacara itu seharusnya tetap menghormati tetamu yang diundang.

Malah, Joe sendiri mengakui terasa hati dan terkilan dengan tindakan dan cara Nabil dan Neelofa yang 'seakan menghalaunya'.

"Sebagai manusia biasa, sudah semestinya saya terasa hati dengan layanan yang diberikan oleh Nabil dan Neelofa.

Klik untuk gambar besar


"Saya agak terperanjat apabila Nabil dan Neelofa seakan-akan menghalau saya secara langsung dan boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia sedang menonton program itu.

"Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya mereka sudah tidak memerlukan saya di segmen itu tetapi ada cara yang lebih baik untuk minta saya beredar," katanya.

Bagaimanapun, Joe memahami situasi pasangan pengacara itu yang tidak tahu mengenai kehadirannya pada malam itu untuk membuat kejutan kepada mereka berdua.

Pada Joe, pihak produksi seharusnya memaklumkan segala perancangan kepada Nabil dan Neelofa agar tidak berlaku sebarang salah faham.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: