02 November 2018

BERPAKAIAN 'MERMAID' - NETIZEN RISAUKAN AAISYAH


Anak bongsu pasangan Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-4 dan majlis sambutan kali ini memilih membawakan tema 'Duyung' atau 'Mermaid' semalam (1 November).





Dalam majlis tersebut, Aaisyah telah menggayakan persalinan 'mermaid', bagaimanapun ia telah mengundang komen dan reaksi yang prihatin dengan imej yang mahu ditonjolkan dalam usia semuda itu.

Ramai berpendapat tidak salah untuk menuruti keinginan anak yang mahukan majlis hari jadi bertemakan fantasi mereka namun sesetengah gambar yang dirakamkan tidak patut dijadikan tontonan umum.

Klik untuk gambar besar


Dek kerana itu, ramai juga berpesan supaya Che Ta dan ahli keluarga yang lain lebih berhati hati memuatnaik gambar Aaisyah di media sosial kerana risau mengundang aktiviti tidak sihat di kalangan mereka yang bergelar 'pedophile'.

Harap mereka lebih maklum akan perkara ini dan tidak lagi menonjolkan imej yang terlalu berat untuk dibawa Aaisyah di masa hadapan. Kasihan anak kecil itu menjadi buah mulut ramai ketika ini.


















www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Aaisyah Dhia rana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: