02 November 2018

FOTO 'SEAKAN BERCUMBU': "SEMUA NAK KAITKAN LGBT" - JANNA NICK


"Foto itu tiada apa-apa maksud, ia hanya sekadar momen bergambar dengan seorang rakan, terserah pada perspektif masing-masing yang melihat.





"Mungkin hal LGBT ini sudah semakin meluas diperkatakan, jadi orang ramai mula mengaitkan semua benda dengan isu tersebut. Sampaikan perbuatan yang tak ada kena mengena pun turut dikaitkan sama.

"Mereka yang fikir ke arah itu!," kata pelakon Janna Nick ketika diminta mengulas mengenai sekeping foto dirinya dengan pelakon Eyka Farhana 'seakan bercumbu'.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 22, berkata gambar tersebut tidak mempunyai apa-apa maksud dan terpulang pandangan individu yang melihatnya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini foto yang dimuatnaik di Instagram milik Eyka itu telah menerima kecaman netizen yang mengatakan kononnya mereka mempromosikan budaya songsang iaitu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Foto tersebut menjadi tular di laman sosial sehingga ada yang menuduh mereka seperti mempromosikan budaya LGBT. Kedua-dua aktres ini difahamkan mengambil gambar tersebut ketika berada di set penggambaran drama 'Bukan Cinta Aku'.

Sementara itu, pelakon drama 'Semerah Cinta Humairah' dan 'Leftenan Zana' ini berkata bukan semua perbuatan yang dilakukan melambangkan budaya LGBT.



Dalam hal ini, Janna meminta netizen berfikiran positif dan menyemai perasaan kasih sayang sesama manusia serta tidak bercakap mengenai hal negatif semata-mata.

"Sebagai selebriti saya sedar banyak mata yang memandang tapi bukan semua benda kita buat ada kaitan dengan hubungan songsang itu.

"Foto itu hanyalah perasaan kasih sesama manusia, mari sebarkan perasaan cinta terhadap orang sekeliling kita dan ambil nilai positif itu," ujarnya








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: