26 November 2018
BAWA KE MAJLIS RESEPSI BAIM - TUNANG ELFIRA DIKATAKAN 'FATTAH AMIN'
Pelakon Elfira Loy akhirnya memuatnaik fotonya bersama wajah cinta hatinya, Muhammad Faris Khairol Anuar ke akaun Instagram selepas hampir tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Gambar berkenaan diambil ketika menghadiri majlis resepsi aktor Indonesia, Baim Wong di The Tribata, Jakarta yang diadakan dalam suasana yang cukup harmoni meriah pada Sabtu lalu.
Menerusi gambar tersebut, Elfira memakai gaun serba merah jambu dan pasangannya pula segak dengan mengenakan sut berwarna hitam.
Entri tersebut mendapat perhatian ramai terutama peminatnya yang teruja melihatnya bahagia disamping kekasih hati.
Klik untuk gambar besar
Rata-rata memuji ketampanan Faris kerana mereka dilihat seperti sama cantik sama padan. Dalam masa sama, ada juga netizen yang mengatakan tunang Elfira itu mirip pelakon Fattah Amin.
Untuk makluman, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu dan majlis itu diadakan secara tertutup.
Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu hubungan itu putus.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Elfira Loy & @baimpaula.ofc
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment