03 November 2018

BERCUTI BERSAMA NEELOFA DI MALDIVES - HANS ISAAC NAFI


Semua mengetahui mengenai pelakon dan pengacara Noor Neelofa baru-baru ini menikmati percutian yang sangat indah di Pulau Maldives dan berkesempatan untuk merasai pengalaman menginap di sebuah villa mewah di dasar laut berharga RM200,000 untuk satu malam.





Selebriti yang juga bergelar usahawan itu juga sempat berkongsi beberapa foto sekitar percutiannya dengan peminat di laman Instagram.

Namun, timbul spekulasi mengatakan pengacara program 'Meletop' itu turut bercuti bersama dengan bekas kekasihnya pelakon dan penerbit filem, Datuk Hans Isaac.

Semuanya bermula apabila tersebarnya foto Hans bersama seorang peminat yang mendakwa mereka terserempak dengannya di lapangan terbang.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 47, tampil menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan ia hanya satu kebetulan sahaja.

"Tak, saya di lapangan terbang tu, KLIA dan sedang menuju ke tempat lain. Mereka yang ke sana (Maldives) dan bukannya saya. Seronok kalau dapat pergi Maldives, mahal tempat tu.

Hans pun sudah mengakui ada teman wanita baharu cuma belum bersedia untuk mendedahkan identiti pasangannya itu.

Mungkin hubungan rapat Hans dan Neelofa membuatkan orang ramai terus menyangka mereka bercinta dalam diam sedangkan mereka tidak mempunyai hubungan istimewa.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: