03 November 2018
HUTANG RM2 JUTA - ALIFF SYUKRI BENGANG VVIP TAK BAYAR
"Saya sudah menghantar surat dan berjumpa dengan orang tersebut. Saya menyerahkan segalanya kepada peguam untuk menyelesaikannya namun jika boleh diselesaikan secara baik lebih bagus.
"Pesanan saya kepada orang yang suka berhutang, jangan jadikan orang yang meminta hutang seperti pengemis. Saya belum viralkan lagi.
"Jangan paksa saya untuk membesarkan isu ini," kata usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri yang mendedahkan terdapat beberapa orang kenamaan yang berhutang dengan dirinya namun tidak mahu membayar balik dan hutang tersebut sebanyak kira-kira RM2 juta.
Dalam perkembangan lain, syarikat jenama D'Herbs milik Aliff telah menjadi penaja utama program Gegar Vaganza musim kelima (GV5).
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment