24 November 2018

BERDAMAI DENGAN FORTEEN - IZZUE TETAP DENGAN PENDIRIAN


"Kata orang, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Kita semua ada ego masing-masing. Namun pertemuan yang berlaku hari ini (23 November 2018), memang ini yang saya mahukan.





"Saya masih tetap dengan pendirian namun tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama Forteen," ujar penyanyi Izzue Islam yang nekad dengan pendirian untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.

Kemelut dalaman yang berlaku kepada kumpulan Forteen akhirnya menemui jalan damai apabila Izzue dipertemukan dengan tiga orang ahli lain iaitu One, Ariz dan Amer dalam satu majlis.

Tambah Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, lagi, dia perlu menjernihkan isu di antara mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

"Ada beberapa isu yang memerlukan perbincangan antara kami. Saya tiada menyimpan dendam dan sayang dengan kumpulan Forteen.

Klik untuk gambar besar


"Saya berharap peminat mendoakan segala yang terbaik buat saya dan juga Forteen selepas ini. Siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang," tutur Izzue.

Sementara itu, One atau nama lengkapnya Mohammad Ridzuan Sharifuddin tidak menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika pertemuan berkenaan.

"Tujuh tahun bersama, banyak perkara yang telah kami lalui bersama. Saya tidak sangka pengakhirannya begini dan Izzue keluar daripada kumpulan ini.

"Saya hormat keputusan Izzue tapi saya juga mewakili kawan-kawan lain, dia akan sentiasa dialu-alukan untuk menyertai kumpulan ini kembali," jelas One dalam keadaan teresak-esak.



Menjelaskan lebih lanjut berhubung sama ada isu yang terjadi sekarang digunakan sebagai gimik untuk sebarang pelancaran lagu atau produk seni, Izzue mempunyai jawapannya sendiri.

"Kami sudah rakam lagu bersama sejak setahun lalu. Memandangkan sekarang saya tidak lagi bersama Forteen, saya okey andai Forteen merakamkan lagu itu tanpa vokal saya.

"Saya juga bersedia membayar sebarang kerugian berkenaan hal itu. Memang saya akui, semua ini berpunca daripada isu penarikan diri saya daripada Forteen. Jadi, saya akan tanggung kerugian," ujar pelantun lagu 'Sahabat' itu.

Minggu lalu, Izzue mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen sebaik sahaja Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) melabuhkan tirai.

Izzue mendakwa kecewa dan berasa dipulaukan oleh ahli yang lain ketika dalam tiga hari sebelum konsert akhir berkenaan berlangsung.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: