24 November 2018

KES SAMAN FITNAH NEELOFA SELESAI SECARA BAIK


Kes saman fitnah terhadap pengendali portal Oh My Media (OMM) oleh pengacara dan pelakon popular, Neelofa akhirnya berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi.





Perkara itu dimaklumkan peguam Amira Farhana Mohd Yasir yang mewakili Neelofa selepas kes disebut semula.

Menurutnya, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu dan sudah menandatangani penghakiman persetujuan serta direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon Siew Chye di kamarnya di sini .

Bagaimanapun katanya, terma persetujuan tidak dapat didedahkan kepada media dan umum. OMM Sdn Bhd diwakili peguam Aiman Ariff Abdul Azij.

Klik untuk gambar besar


September lalu, Neelofa, 29, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, memfailkan saman terhadap OMM Sdn Bhd atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk dan Anugerah Ikon Wanita yang diterimanya.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Neelofa selaku plaintif mendakwa OMM Media selaku defendan ada mengeluarkan dan menyiarkan dua artikel berunsur fitnah terhadapnya di laman web www.ohmymedia.cc pada 5 Mac dan 11 April lalu.

Beliau mendakwa penerbitan artikel itu menyebabkan reputasinya tercemar. Neelofa juga mendakwa artikel itu tidak benar dan diterbitkan oleh defendan tanpa memberi peluang kepadanya untuk menafikan kenyataan itu.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: