22 November 2018

BILA ANAK RITA MINTA BAPA BARU 'PEMAIN BOLA SEPAK'


Menerusi laman Instagram, pelakon Rita Rudaini telah berkongsi perbualan beliau bersama anak sulungnya, Ryan yang bersahaja menyuruh dia mencari 'daddy' baru yang pandai bermain bola sepak supaya dapat mengajarnya bermain.





Mengikut jejak langkah bapanya, anak Rita juga suka bermain bola sepak hinggakan meminta ibunya berkahwin dengan pemain bola sepak supaya dapat mengajarnya bermain sukan terbabit.

Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini binti Mokhtar, 42, berkata perbualan tersebut terhenti apabila dia tidak tahu untuk memberi jawapan yang logik untuk diterima oleh anaknya itu.

Apa yang menarik perhatian ramai, gambar Rita bersama patung pemain bola sepak antarabangsa berserta kapsyen sindiran, bapa Ryan atau nama sebenar Airit Rayyan Rizqin, 9, yang dijumpainya namun telah disumpah menjadi patung agar tidak dirampas orang.

Klik untuk gambar besar


Perkongsian Rita membuatkan ramai geli hati dengan permintaan anak sulungnya itu, tambah lagi dengan kapsyen sindiran makan dalam Rita terhadap perkahwinan terdahulu bersama seorang pemain bola sepak.

"Perbualan mlm td masa otw balik dr shotg... slalu ajak ryan borak sbb xnk dia tertido dlm keta..

"Ryan : mommy cari la daddy baru? Mommy : 🙄 nape plak tiba2 suh mommy Cari daddy? Ryan : ryan nak dia ajar main bola.. Mommy : mmmm klau daddy baru tu xpandai main bola mcm mana? Ryan : mommy cari la footballer... Mommy : (krik2 🙁) .



"Perbualan ibu n anak terhenti di situ 🤕 sbb mommy xreti nk jwb mcm mana supaya logik di terima akal ryan 🙄 Nah! Mommy dah dpt Daddy baru yg hebat btuiiii lah main bola.....tp awai2 mommy dah sumpah dia jd patung supaya xkena rembat dgn org 🙊," tulisnya.

Untuk makluman, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Radzak pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, yang kini bawah jagaan Rita.

Pandai Ryan memilih calon ayah yang baru, macam sama citarasa dengan ibunya pula. Buat Rita, selamat mencari ayah baru buat anak sulung, masih ramai lagi tu pemain bola sepak yang masih bujang!




www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: