12 November 2018

FASHA & ADIL SUDAH EDAR KAD, BAKAL BETUNANG?


Kita semua mengetahui yang dua selebriti ini iaitu Fasha Sandha sudah mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat sejak setahun yang lalu.





Mereka yang merupakan pelakon itu kini dilihat semakin terbuka mempamerkan kemesraan mereka dengan orang ramai. Sering memuatnaik gambar berdua di akaun Instagram masing-masing, ramai yang boleh melihat sinar cinta serta kebahagiaan mereka.

Terbaru, mereka dikhabarkan bakal mengikat tali pertunangan pada pertengahan bulan ini dan sedang rancak melakukan persiapan termasuk menempah busana untuk majlis istimewa itu.

Menerusi laman Harian Metro, Cik Pang kad undangan pertunangan telah diedarkan dan tambah sumber itu lagi, Fasha dan Aidil berkemungkinan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan namun sebarang tarikh masih belum ditetapkan.

Klik untuk gambar besar


"Apa tarikh dipilih Fasha dan Aidil tidak pula Cik Pang tahu kerana maklumat berkaitan majlis pertunangan itu pun ada sumber yang menyampaikan kerana ujarnya kad undangan sudah diedar”

"Mengikut cerita sumber itu kepada Cik Pang lagi, majlis pertunangan Fasha dan Aidil juga akan dilangsungkan secara tertutup. Dalam erti kata lain, pasangan itu khabarnya hanya menjemput saudara dan kenalan rapat menghadiri majlis istimewa mereka," jelas ruangan pojok tersebut.

Ibu kepada Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma ini ketika dihubungi pihak Berita Harian itu bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenainya.



"Maaf. Saya tak boleh jawab apa-apa selagi perkara itu belum berlaku. Namun, apa-apa pun, saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan yang baik-baik untuk saya, Aidil dan dua anak saya.

"Saya terlalu sibuk dengan kerja. Jadi, saya serahkan semuanya pada pihak keluarga untuk membuat keputusan mengenai kehidupan peribadi," ujarnya.

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? Apa salahnya untuk mengumumkan sesuatu perkara yang baik, pastinya ramai yang akan mendoakan kebahagiaan Fasha dan Aidil. Lagipun, peminat pun sememangnya sudah lama ternantikan saat bahagia ini.

"Apa-apa pun, jika berita ini benar, kami ucapkan tahniah dan semoga segala persiapan dan juga perancangan ke arah membina rumahtangga bahagian pasangan ini akan dipermudahkan.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: