12 November 2018

"SEAKAN DALAM 'FAIRY TALE' " - RUHAINIES TERHARU DILAMAR DI ITALI


"Saya tidak menjangka dia lamar saya dengan berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan. Ayat ‘will you be mine’ yang diungkapkan membuatkan saya terharu dan berasa sangat bahagia.





"Malah, hingga sekarang masih terngiang-ngiang lagi ungkapan indah itu. Banyak kali dia cakap. Saya fikir dia bergurau. Apabila sampai di London, dia buat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas.

"Saya seakan berada dalam dunia 'fairy tale' dengan layanan istimewa itu. Dia sangat sempurna di mata saya," kata pelakon Ruhainies yang mengakui sudah dilamar kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E ketika bercuti di Itali baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar


Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, berkata lamaran itu dibuat sempena genap setahun perkenalan mereka.

Ujar Ruhainies lagi, Mr E yang juga ahli perniagaan yang kini menetap di London itu berbeza daripada lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini.

"Saya tak pernah berasa curiga dengan kejujurannya. Bersamanya saya rasa sangat selamat dan disayangi. Dia setia orangnya meski kami bercinta jarak jauh. Dia serius dengan hubungan ini malah saya nampak visi dan misi untuk menyunting saya sebagai suri hidupnya," tuturnya.



Ditanya mengenai perancangan menamatkan zaman bujang, Ruhainies berkata belum ada sebarang perbincangan lanjut membabitkan kedua belah pihak.

"Sekarang ini dia sedang persiapkan diri untuk menjadi suami. Cuma, saya tak nak terburu-buru kerana nak beri laluan kepada kakak, Risteena dahulu. Lagi pula hubungan kakak dengan kekasihnya sudah lama.

"Sekiranya, kakak kahwin tahun depan, baru saya fikir untuk ke fasa sama juga. Apa pun, doakan saja yang baik-baik untuk kami," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: