Pada Sabtu lalu, Lazada telah mengadakan sebuah konsert khas bersempena dengan jualan mega 11.11 sebuah portal membeli belah atas talian terkenal. Antara artis yang dijemput untuk membuat persembahan adalah Ayda Jebat.

Bagaimanapun, bukan persembahan Ayda yang menarik perhatian tetapi gurauan beliau yang dikatakan agak kasar ketika temu bual 'backstage' bersama hos Sherry Al Hadad.
Selepas rancak berborak timbul pula topik berkaitan lumba lari, Ayda ada berkata beliau tidak mungkin akan menjuarai pertandingan seperti itu kerana kakinya pendek.
Klik untuk gambar besar

Pada masa yang sama beliau juga mengatakan Sherry juga tidak boleh berlari kerana mempunyai saiz kaki yang gemuk.
Apa yang dikatakan Ayda itu mengundang kemarahan netizen yang rata-rata menganggap tindakan selebriti itu agak kurang ajar dan seakan 'body shaming' Sherry.
Netizen tuntut Ayda membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sherry kerana memalukan hos tersebut ketika siaran secara langsung.


ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________

No comments:
Post a Comment