12 November 2018

RAMLI MS: "SAYA POTONG BANYAK...TAPI..." - ZAMANI: "SAYA BUKAN LUPA LIRIK..."


Semalam penyanyi Zamani Slam telah layak ke peringkat akhir Gegar Vaganza musim kelima (GV5). Namun begitu, kejayaannya itu menimbulkan cakap-cakap belakang yang mengatakan pihak penganjur memilih kasih sedangkan penyanyi itu tidak memberikan persembahan sempurna.





Zamani dilihat seakan terlupa lirik pada segmen pertama untuk menyanyikan lagu 'Dekat Padamu' dendangan asal Yusry Abd Halim (KRU) dan insiden itu menjejaskan persembahan beliau.

Bagaimanapun, Datuk Ramli MS sebagai juri GV5 tetap telah tampil menjelaskan cara permarkahan Zamani hingga melayakkan beliau ke peringkat akhir.

Tok Ram mengakui memotong banyak markah Zamani ketika dia membawakan lagu 'Dekat Padamu' dendangan asal Yusry Abd Halim.

Namun, Ramli berkata, dia terpaksa akur apabila telah memberikan markah yang banyak kepada Zamani menerusi persembahan kedua.

Klik untuk gambar besar


"Perlu difahami penilaian markah malam ini berdasarkan dua persembahan. Memang saya potong banyak markah Zamani kerana lupa lirik dan beberapa masalah lain di persembahan pertama. Dia hilang 65 markah daripada saya. Malah, markah dia pada persembahan pertama lebih rendah daripada Hetty Sarlene dan Forteen.

"Saya berikan markah yang tinggi, dua juri lain juga tinggi. Selepas markah ketiga-tiga juri dicampur, Zamani berjaya melangkah ke final dan berada di kedudukan kelima,

Selain itu, Datuk Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram itu juga mengakui beliau sendiri memberikan markah yang tinggi buat Zamani pada lagu yang kedua kerana penyampaiannya yang bagus. Malah juri lain juga, hingga menjadikan markah Zamani berada di tempat kelima.

"Namun, dia bangkit menerusi persembahan kedua dan saya akui memberinya markah yang banyak. Saya berikan markah yang tinggi, dua juri lain juga tinggi. Selepas markah ketiga-tiga juri dicampur, Zamani berjaya melangkah ke final dan berada di kedudukan kelima," jelasnya.



Dalam pada itu, Zamani juga telah tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi supaya tidak ada salah faham dan menuduh beliau terlupa lirik.

"Apa yang boleh saya katakan, saya tak dengar apa-apa dari earpiece ketika itu. Jadi saya tidak tahu bila nak masuk nyanyian. Saya tak boleh nak agak bila nak masuk kerana saya tidak mendengar apa-apa dari earpiece saya.

"Saya tak mahu salahkan sesiapa termasuk pihak produksi sebaliknya saya anggap ia salah saya sendiri. Selepas persembahan pertama, saya dah 'give up' kerana malu... Tapi saya fikir saya ada peluang kedua, jadi saya pun cuba sehabis baik.

"Saya bersyukur kerana minggu ini kami diberikan tugasan untuk menyanyi dua buah lagu. Jadi, jumlah markah itu datang dari dua persembahan," katanya.

Lima peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir adalah Noryn Aziz, Amelina, Dia Fadila, Maya Ruslee dan Billy Zulkarnain. Manakala perjalanan Hetty Sarlene dan Kumpulan Forteen terhenti apabila gagal ke peringkat akhir.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: