12 November 2018

FORTEEN TERSINGKIR - ALIFF SYUKRI LUAH RASA HAIRAN


"Siapa patut tersingkir sebenarnya?? juri oohh jurii ??. Saya peliklah kenapalah kumpulan Forteen yang best ni yang terkeluar sedangkan ada yang lagi teruk dan sumbang mambang menyanyi tapi tetap masuk final?





"Saya malas nak nakk tulis lebih-lebih nanti ada yang terasa..??. @izzueislam @oneforteen," tulis usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri yang tampil mempertikaikan penyingkiran kumpulan Forteen dan berpendapat ada penyanyi lain yang sepatutnya tersingkir.

Aliff Syukri turut meluahkan rasa hairan dengan mengatakan ada penyanyi lain yang lebih teruk dan menyanyi sumbang tetapi layak ke final.

Beliau yang merupakan penaja utama program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) itu memuatnaik luahan serta gambar bersama dua anggota Forteen iaitu Izzue Islam dan Wan menerusi laman Instagramnya.



Semalam, diumumkan enam peserta yang mara ke final GV5 iaitu Amelina, Noryn Aziz, Maya Ruslee, Dia Fadilla, Zamani dan Billy Zulkarnain. Seperti yang diketahui kumpulan Forteen dan Hetty Sarlene tersingkir di pentas separuh akhir.

Bagaimanapun, menerusia ruangan komen rata-rata netizen mengatakan jika kesemua anggota Forteen boleh menyanyi dengan bagus mungkin mereka layak ke final.

Tidak kurang juga ada netizen menasihati Aliff agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan mengundang bimbang akan dikecam.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: